awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran paip gas di Puchong, penduduk sekitar dipindahkan

Amirul Aiman
Amirul Aiman
01/04/2025
02:00 MYT
Kebakaran paip gas di Puchong, penduduk sekitar dipindahkan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor kini sedang melakukan kerja-kerja memadam api kebakaran melibatkan paip gas sepanjang 500 meter di sebuah stesen minyak di Jalan Putra Harmoni, Puchong. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor kini sedang melakukan kerja-kerja memadam api kebakaran melibatkan paip gas sepanjang 500 meter di sebuah stesen minyak di Jalan Putra Harmoni, Puchong, dekat sini, berhampiran kawasan perumahan awam.
Dalam masa sama, pasukan keselamatan itu juga menjalankan kerja-kerja pemindahan penduduk sekitar.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Selangor dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.10 pagi, sebelum jentera pertama dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Subang Jaya tiba di lokasi pada jam 8.22 pagi.
Sebanyak 41 anggota dari sembilan balai bomba bersama 17 jentera digerakkan ke lokasi bagi mengawal kebakaran dan menjalankan kerja pemindahan penduduk sekitar.
Komander Operasi Mohamad Fadhil Buari memaklumkan, api sedang marak ketika pasukan tiba dan tindakan segera diambil untuk mengawal kawasan serta menyejukkan saluran gas terlibat.
Katanya, punca kejadian dipercayai berpunca daripada kebocoran paip gas milik Petronas.
Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan dan operasi masih dijalankan.
Tags: kebakaran, saluran gas, Putra Heights, JBPM Selangor, pemindahan penduduk, gas bocor, bomba
Topic Berkaitan
#kebakaran paio gas
#kebakaran Puchong
#Putra Heights
#bomba Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan