Skip to main content

Malaysia

Kebakaran paip gas: JAS akan jalankan pemantauan kualiti udara

71743483256_kebakaran.jpg
KUALA LUMPUR: Pemantauan kualiti udara akan dijalankan susulan kebakaran saluran paip gas yang berlaku di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya, Selangor, pagi tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, JAS Selangor sudah menghantar pasukan awal ke lokasi berkenaan bagi membuat penilaian awal.

"Orang ramai juga dinasihatkan menjauhi kawasan berdekatan kebakaran," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, perkembangan lanjut juga akan dimaklumkan menerusi kenyataan media selepas ini setelah segala maklumat berkaitan diperoleh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.10 pagi dan operasi pemadaman sedang dijalankan.

Beliau berkata, kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas sepanjang kira-kira 500 meter, dengan api marak menjulang tinggi dan operasi pemindahan penduduk turut dijalankan bagi memastikan keselamatan penduduk sekitar.

-- BERNAMA


Advertisement

Must Watch Video