NATIONAL
Kebakaran paip gas: Laluan Seafield-Saujana Putra di Lebuhraya ELITE ditutup
Pengguna ke selatan dilencongkan ke Plaza Tol Seafield, manakala pengguna ke utara diarahkan keluar di Plaza Tol Bandar Saujana Putra. -Facebook
KUALA LUMPUR: Laluan antara Seafield dan Bandar Saujana Putra di Lebuhraya ELITE ditutup kepada semua kenderaan susulan kebakaran paip saluran gas berhampiran Putra Heights.
Ringkasan AI
PLUS Malaysia Berhad dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pengguna menghala ke selatan akan dilencongkan ke Plaza Tol Seafield sebelum masuk semula ke lebuh raya menerusi Plaza Tol Bandar Saujana Putra.
"Sementara itu, pengguna menghala ke utara diarahkan keluar di Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan masuk semula melalui Plaza Tol Seafield.
"Dalam pada itu, semua laluan masuk ke Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol USJ dan Putra Heights turut ditutup," menurut kenyataan itu.
Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dan menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps bagi mengelak kesesakan.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Laluan antara Seafield dan Bandar Saujana Putra di Lebuh raya Elite ditutup akibat kebakaran paip gas berhampiran Putra Heights.
- Pengguna ke selatan dilencongkan ke Plaza Tol Seafield, manakala pengguna ke utara diarahkan keluar di Plaza Tol Bandar Saujana Putra.
- Semua laluan masuk ke Lebuh raya Elite melalui Plaza Tol USJ dan Putra Heights turut ditutup, dan orang ramai dinasihatkan menggunakan aplikasi navigasi untuk mengelak kesesakan.