[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

Kebakaran paip gas: Larangan terbang dron di kawasan kebakaran Putra Heights

Bernama 01/04/2025 | 05:05 MYT
CAAM melarang penerbangan dron di kawasan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights untuk keselamatan orang ramai dan pasukan penyelamat. -Gambar fail/FB
KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) melarang orang ramai daripada menerbangkan dron di kawasan berlakunya kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Puchong, Selangor.

Ringkasan AI
  • CAAM melarang penerbangan dron di kawasan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights untuk keselamatan orang ramai dan pasukan penyelamat.
  • Kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas Petronas sepanjang 500 meter dengan api marak tinggi.
  • Penduduk di sekitar kawasan berhampiran dipindahkan untuk keselamatan.

CAAM dalam kenyataan berkata larangan itu bertujuan mengelak sebarang kejadian tidak diingini berkaitan keselamatan orang ramai serta pasukan penyelamat yang sedang menjalankan operasi pemantauan udara di lokasi kejadian.
"Lokasi kejadian ini juga terletak di laluan kritikal penerbangan. Justeru larangan ini adalah penting bagi memastikan keutamaan diberikan kepada keselamatan pesawat yang sedang beroperasi.
"CAAM ingin mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs)," menurut kenyataan itu.
Kebakaran yang berlaku pagi tadi melibatkan kebocoran saluran paip gas Petronas sepanjang kira-kira 500 meter dengan api marak menjulang tinggi.
Operasi memindahkan penduduk di sekitar kawasan berhampiran turut dijalankan bagi menjaga keselamatan penduduk.
-- BERNAMA
#kebakaran saluran paip gas #Putra Heights #pasukan penyelamat #CAAM #terkini