awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran paip gas: PM Anwar minta kerajaan negeri, agensi berkaitan beri bantuan

Bernama
Bernama
01/04/2025
07:00 MYT
Kebakaran paip gas: PM Anwar minta kerajaan negeri, agensi berkaitan beri bantuan
Anwar meminta Kerajaan Negeri Selangor dan agensi terlibat memberikan bantuan kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kerajaan Negeri Selangor dan agensi terlibat memberikan bantuan sewajarnya kepada mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights, Subang Jaya, Selangor pagi tadi.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kerajaan Negeri Selangor dan agensi terlibat memberikan bantuan kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.
  • 112 mangsa cedera dan 49 rumah terjejas, dengan 63 mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
  • 49 mangsa menerima rawatan awal di Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau turut menitipkan doa agar semua urusan petugas yang terlibat dalam operasi berkaitan insiden itu dipermudah.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Selangor DCP Mohd Zaini Abu Hassan memaklumkan bahawa setakat ini, seramai 112 mangsa dan 49 rumah terjejas dalam insiden itu.
Beliau berkata kesemua 112 mangsa yang cedera itu membabitkan penduduk Taman Harmoni dan Kampung Kuala Kuala Sungai Baharu.
"Daripada 112 mangsa itu, 63 orang dihantar ke Hospital Cyberjaya, Serdang dan Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut akibat melecur dan masalah pernafasan serta luka.
"Bakinya iaitu 49 mangsa menerima rawatan awal di Kuil Sri Maha Kaliamman, Subang Jaya," katanya pada sidang media di Pusat Operasi Khas JBPM dan PDRM di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#bantuan kepada mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan