awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran paip gas Putra Heights: Bekalan tenaga tidak terjejas setakat ini - Fadillah

Bernama
Bernama
02/04/2025
06:04 MYT
Kebakaran paip gas Putra Heights: Bekalan tenaga tidak terjejas setakat ini - Fadillah
Beliau berkata tempoh seminggu ini adalah kritikal bagi memastikan bekalan tenaga kekal stabil dengan merangka langkah alternatif sekiranya gas tidak dapat dibekalkan. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Bekalan tenaga di Semenanjung Malaysia tidak terjejas setakat ini berikutan insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights, Selangor semalam.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata walaupun sebahagian daripada jumlah jana kuasa di Semenanjung Malaysia menggunakan gas, laporan yang diterimanya setakat ini menunjukkan bekalannya masih stabil.
"Sebahagian daripada jana kuasa kita memerlukan gas, dan gas ini apabila berlaku kebocoran, sebahagian saliran dan aliran gas ditutup ... jadi, ia mungkin akan menjejaskan bekalan tenaga.
"Tetapi, laporan yang saya terima setakat ini alhamdulillah (bekalan gas masih stabil)," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka anjuran beliau di Petra Jaya, di sini hari ini.
Beliau berkata tempoh seminggu ini adalah kritikal bagi memastikan bekalan tenaga kekal stabil dengan merangka langkah alternatif sekiranya gas tidak dapat dibekalkan kepada jana kuasa yang terlibat.
"Langkah seterusnya yang kita ambil adalah untuk menghidupkan jana kuasa yang lama bagi memastikan bekalan tenaga di Lembah Klang khususnya, tidak akan terjejas," katanya.
Fadillah berkata susulan insiden itu, kementeriannya menerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga telah mula menjalankan audit integriti terhadap infrastruktur bekalan elektrik di kawasan terjejas.
"Setakat ini, kabel kita tidak terjejas. Kalau kabel terjejas sudah pasti terputus bekalan elektrik ... kita sedang memantau yang lain untuk memastikan integriti keseluruhan infrastruktur tidak terjejas," katanya.
Beliau turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua mangsa dalam bencana yang tidak diduga itu dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengumumkan beberapa bantuan bagi meringankan beban mereka yang terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#bekalan tenaga tidak terjejas
#Fadillah Yusof
#terkini
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan