[TERKINI] Nahas Gerik: Bas Bawa Penuntut UPSI Dipandu Melebihi Had Laju Dua Kali Ganda – Semak Perincian MOT Di Sini
NATIONAL

Kebakaran paip gas Putra Heights: 'Ini bukan masanya panggil sidang DUN' - Amirudin jawab Azmin

Umavathi Ramayah 03/04/2025 | 10:30 MYT
Amirudin berkata, tumpuan perlu diberikan kepada siasatan serta langkah-langkah memastikan keselamatan penduduk yang terjejas. - Bernama
SHAH ALAM: Ini bukan masa yang sesuai untuk membahaskan insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sebaliknya, tegas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, tumpuan perlu diberikan kepada siasatan serta langkah-langkah memastikan keselamatan penduduk yang terjejas.

"Kita selesaikan dulu siasatan dan segala urusan berkaitan. Ini bukan masanya untuk berbahas dalam dewan yang mulia, tetapi masa untuk kita selesaikan isu ini, terutama aspek keselamatan," katanya.

"'Sidang DUN Selangor akan berlangsung pada Julai nanti, Saya rasa kita ada banyak masa dan ada kesempatan untuk membahaskan perkara itu dengan lebih tertib dan terperinci," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melibatkan 39 agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK), di sini pada Khamis.

Sebelum ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa satu Sidang Khas Dewan Negeri Selangor dipanggil segera bagi membincangkan perkara tersebut secara menyeluruh.


#kebakaran paip gas #Putra Heights #Amirudin Shari #sidang dun #Mohamed Azmin Ali