awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran paip gas Putra Heights: JKM diarah buka PPS baharu - Nancy

Bernama
Bernama
02/04/2025
07:19 MYT
Kebakaran paip gas Putra Heights: JKM diarah buka PPS baharu - Nancy
Keadaan mangsa-mangsa kejadian kebakaran saluran paip gas yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights hari ini. - Foto Bernama
KUCHING: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diarahkan untuk membuka beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) baharu bagi menempatkan mangsa bencana letupan paip gas di Putra Heights di Selangor.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata memandangkan satu daripada PPS yang ada sekarang merupakan Masjid Putra Heights, mangsa terbabit tidak dapat tinggal di situ untuk tempoh yang lama.
"Mereka sekarang tinggal di masjid dan kita tidak boleh selama-lamanya tinggal di masjid. Jadi, sebab itu kita akan berbincang dengan lebih lanjut, apa yang kita boleh lakukan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di sini hari ini.
Beliau berkata berdasarkan rekod terakhir diperolehnya setakat 11 pagi tadi, terdapat sebanyak 484 mangsa bencana itu yang didaftarkan oleh JKM dan tidak semuanya ditempatkan di PPS kerana ada yang masih dirawat di hospital.
"Terdapat 16 warga emas lelaki, 18 warga emas wanita, 149 dewasa lelaki, 141 dewasa wanita, kanak kanak ada 68 lelaki, perempuan ada 67 orang selain lima bayi lelaki dan 16 bayi perempuan, Orang Kurang Upaya (OKU) pula empat orang," katanya.
Nancy berkata trak Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) turut ditempatkan di PPS sebagai pusat untuk pegawai kaunseling memberikan perkhidmatan kaunseling dan bantuan psikologi kepada mangsa.
Dalam pada itu, beliau memohon orang ramai dan organisasi yang bercadang untuk memberikan bantuan makanan dan barangan kepada mangsa, menangguhkan hasrat mereka buat sementara ekoran kekangan ruang untuk menempatkan barangan berkenaan.
Beliau berkata para penderma boleh menghubungi JKM untuk membincangkan bentuk bantuan yang sesuai untuk disalurkan dalam tempoh terdekat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#Nancy Shukri
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#PPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan