awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran paip gas Putra Heights: KKM masih rawat 48 mangsa

Astro Awani
Astro Awani
04/04/2025
01:10 MYT
Kebakaran paip gas Putra Heights: KKM masih rawat 48 mangsa
Mangsa kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Heights selepas melakukan rawatan cuci luka di Hospital Putrajaya. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 48 daripada keseluruhan 134 mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, Selasa lalu masih menerima rawatan di hospital dan klinik.
Menurut data Kementerian Kesihatan (KKM), daripada jumlah itu, lapan pesakit berusia bawah enam tahun, 10 pesakit (tujuh hingga 12 tahun), sembilan pesakit (13 hingga 17 tahun), 87 pesakit (18 hingga 59 tahun) dan 19 lagi berusia 60 tahun ke atas.
Jelasnya, daripada 48 pesakit yang masih dirawat, 30 ditempatkan di fasiliti KKM manakala 18 di hospital swasta.
Kata KKM lagi, sehingga Khamis, tiada kematian dilaporkan berikutan insiden berkenaan.
Aktiviti perkhidmatan sokongan kesihatan minda dan psikososial (MHPSS), turut dijalankan bagi membantu mangsa.
Intervensi dilakukan di dua pusat pemindahan sementara (PPS), iaitu di Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan Camelia, selain di Hospital Putrajaya (HPJ).
Menurut KKM, sebanyak 25 anggota MHPSS digembleng daripada pelbagai agensi untuk tujuan itu.
Selain itu, HPJ juga menerima lapan pesakit yang dirujuk daripada Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang pada 2 April termasuk pesakit kanak-kanak.
Pemeriksaan mendapati pesakit di wad mengalami luka kebakaran atau permukaan terbakar berlingkungan 10 hingga 20 peratus.
Pemantauan tahap luka dan lecur dijalankan secara berkala kerana risiko jangkitan kuman boleh berlaku.
Pada masa ini, semua pesakit berada dalam keadaan stabil dan dua pesakit dijangka dibenarkan pulang dalam masa terdekat.
Mereka akan meneruskan rawatan berdasarkan keadaan dan tahap kecederaan dialami.
Topic Berkaitan
#kebakaran paip gas
#Putra Heights
#KKM
#mangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan