MALAYSIA
Kebakaran Pantai Dalam: Keluarga mangsa dapat rumah transit, bayaran sewa ditanggung - Fahmi
Fahmi emberikan perkembangan mengenai kejadian kebakaran di kawasan Pantai Dalam pada 8 Ogos lalu. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seramai 14 keluarga mangsa kebakaran di kawasan Pantai Dalam yang kehilangan tempat tinggal akan dipindahkan ke rumah transit dengan kelulusan segera daripada kerajaan.
Ringkasan AI
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan, pihaknya bersama agensi termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pejabat beliau sudah mengambil langkah memastikan kebajikan keluarga terjejas dibantu segera.
“Saya dimaklumkan setiap daripada 14 keluarga ini perlu membayar RM400, tetapi saya telah meminta mereka tak perlu bayar. Saya yang akan bayarkan untuk mereka pindah.
"Mereka diberi masa enam bulan untuk mereka berada di rumah transit sebelum mereka mengusahakan membangunkan semula kehidupan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan majlis Budaya@Komuniti Pantai Dalam di Kuala Lumpur, hari ini.
Tambah Fahmi, pihak TNB turut menyalurkan bantuan sebanyak RM20,000 kepada mangsa kebakaran terbabit.
8 Ogos lalu, sebanyak 14 rumah setinggan dan empat premis kedai berhampiran Stesen Komuter Pantai Dalam dilaporkan musnah dalam kebakaran berkenaan.
Dalam kebakaran kira-kira pukul 11 malam pada minggu lalu, sebanyak 14 rumah setinggan dan empat premis kedai termasuk Mydin Mart dan Pasaraya Karnival musnah dijilat api.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melaporkan kebakaran itu memusnahkan kira-kira 80 peratus kawasan perumahan seluas anggaran 0.074 hektar serta premis kedai dengan keluasan 0.223 hektar.
Ringkasan AI
- Seramai 14 keluarga mangsa kebakaran di Pantai Dalam akan dipindahkan ke rumah transit dengan kelulusan segera kerajaan.
- Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menanggung bayaran RM400 bagi setiap keluarga dan mereka diberi tempoh enam bulan untuk menetap di rumah transit.
- TNB menyalurkan bantuan RM20,000 kepada mangsa, susulan kebakaran yang memusnahkan 14 rumah setinggan dan empat premis kedai berhampiran Stesen Komuter Pantai Dalam.