Kebakaran pusat tahfiz: Ambil iktibar agar tidak berulang - PM Najib

Astro Awani
September 14, 2017 13:33 MYT
Datuk Seri Najib berharap semua pihak mengambil iktibar dengan kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah agar tidak berulang. -Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap semua pihak mengambil iktibar dengan kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah agar tidak berulang.
Beliau berkata semua bangunan pusat tahfiz wajib mematuhi piawaian dan peraturan keselamatan yang telah ditetapkan.
Melalui status terbaharu di akaun facebook miliknya, Datuk Seri Najib melahirkan perasaan sedih dengan insiden yang berlaku di pusat tahfiz tersebut.
Beliau pada masa sama mahu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat memastikan pelajar dapat belajar dalam keadaan selamat dan kondusif.
#Facebook #kebakaran #Najib Razak #patuhi piawaian #pusat tahfiz