MALAYSIA
Kebakaran Putra Heights: Bantuan sewa rumah dilanjutkan hingga tahun hadapan

Kerajaan negeri sebelumnya memperuntukkan RM2.73 juta untuk membantu 455 keluarga terjejas. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor melanjutkan bantuan pembiayaan sewa rumah kepada mangsa kejadian letupan saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya sehingga sekurang-kurangnya April tahun hadapan.
Ringkasan AI
- Lanjutan bantuan pembiayaan sewa rumah: Kerajaan Selangor memanjangkan bantuan RM2,000 sebulan kepada mangsa letupan saluran gas di Putra Heights sehingga sekurang-kurangnya April tahun depan.
- Tempoh bantuan bergantung kepada tahap kerosakan: Rumah yang rosak sepenuhnya akan menerima bantuan lebih lama kerana memerlukan masa untuk dibina semula, sementara rumah yang rosak sebahagian akan menerima bantuan sehingga siap.
- Peruntukan RM2.73 juta kepada mangsa: Kerajaan negeri sebelumnya memperuntukkan RM2.73 juta untuk membantu 455 keluarga terjejas, berikutan kebakaran yang berlaku pada 1 April dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius.
"Untuk rumah yang rosak sebahagian, bantuan juga akan diteruskan kepada mangsa sehingga rumah siap dan hanya dihentikan sejurus mereka boleh masuk ke rumah terlibat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Borhan berkata kerajaan negeri akan menilai proses pembaikan setiap rumah terlibat bagi memudahkan saluran bantuan dibuat menerusi peruntukan disediakan.
Sebelum ini, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan kerajaan Selangor memperuntukkan RM2.73 juta bagi bantuan sewa rumah kepada 455 keluarga terkesan dalam insiden itu selama enam bulan bermula April.
Kebakaran saluran gas Petronas di Putra Heights pada 8.10 pagi, 1 April menyaksikan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk padam sepenuhnya, selain menyebabkan terbentuknya kawah berkedalaman 9.8 meter di lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami