MALAYSIA
Kebakaran rumah pangsapuri di Bangi Avenue, mercun ditemui di seluruh unit
Sebuah unit pangsapuri di Residensi Adelia, Persiaran Bangi Avenue, Kajang, hampir musnah selepas berlaku kebakaran pada malam Ahad.
KAJANG: Sebuah unit pangsapuri di Residensi Adelia, Persiaran Bangi Avenue, Kajang, hampir musnah selepas berlaku kebakaran pada malam Ahad.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima panggilan kecemasan pada 10.42 malam, sebelum jentera dari Balai Bomba dan penyelamat (BBP) Bangi tiba di lokasi pada 10.55 malam, diikuti bantuan daripada BBP Semenyih.
Komander Operasi, PBK I Mohd Fadzli Jusni berkata, kebakaran berlaku di tingkat 8 melibatkan unit pangsapuri berkeluasan 60 x 20 kaki persegi.
“Kebakaran memusnahkan kira‑kira 80 peratus ruang bilik yang mengandungi bahan letupan (mercun). Tiada mangsa terlibat dalam insiden,” katanya.
Dalam perkembangan terkini, Mohd Fadzli memaklumkan bahawa pemeriksaan mendapati bahan letupan (mercun) berada di seluruh kawasan rumah, dan bukan hanya di bilik utama yang terbakar.
Api berjaya dikawal pada 11.19 malam, sebelum operasi diteruskan dengan kerja‑kerja overhaul bagi memadam baki bara dan memastikan tiada risiko letupan semula.
Operasi pemadaman yang melibatkan 13 anggota dan masih diteruskan sehingga kini bagi memastikan keselamatan penghuni dan kawasan sekitar.
Unit Forensik Kebakaran JBPM Selangor akan menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kebakaran serta jumlah kerugian.