awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran rumah: Remaja perempuan kritikal, bapa cedera

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
03/03/2023
01:30 MYT
Kebakaran rumah: Remaja perempuan kritikal, bapa cedera
Kebakaran melibatkan sebuah rumah Kelas A dua tingkat yang musnah 35 peratus. - Foto JBPM Perak
IPOH: Enam beranak berdepan detik cemas apabila rumah yang mereka diami di Taman Suria, Jalan Kuala Kangsar dekat sini mengalami kebakaran pada tengah malam Jumaat.
Dalam kejadian itu mangsa remaja perempuan, yang dikenali sebagai Nafisa Aleeya Mohd Nazrul, 15, kritikal dipercayai hampir lemas dalam asap sementara bapanya, Mohd Nazrul Yusof, 44, cedera pada beberapa anggota badan dan melecur 1 peratus pada bahu.
Sementara itu, empat ahli keluarga lain yang berumur antara 10 hingga 41 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) Mohd Azman Husin @ Hasan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 12.44 tengah malam.
“Sepasukan anggota dan pegawai dari BBP Ipoh dikejarkan ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja pemadaman, selain turut dibantu dari BBP Meru Raya dan Pasukan Bomba Sukarela Pekan Baru.
“Setibanya di lokasi pasukan bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah Kelas A dua tingkat yang musnah 35 peratus.
“Kebakaran itu melibatkan enam mangsa yang seorang daripadanya mengalami kecederaan dan melecur, sementara seorang lagi mangsa iaitu remaja perempuan dipercayai lemas dalam asap.
“Dua mangsa cedera terbabit telah dikejarkan ke hospital dengan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan ambulan untuk mendapat rawatan lanjut. Remaja perempuan yang hampir lemas dalam kejadian kebakaran itu kini dipercayai berada dalam keadaan kritikal,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Tambahnya pasukan bomba menggunakan teknik ‘Receo’ bagi menyelamatkan kesemua mangsa sementara kerja-kerja pemadaman api pula menggunakan dua aliran air dengan empat pancutan air yang bersumberkan daripada jentera bomba.
“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan operasi tamat pada jam 2.10 pagi,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#cedera
#lemas dalam asap
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan