awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Presiden Palestin sedia bekerjasama dengan Trump capai perjanjian damai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Kebakaran stor minyak enjin: Siasatan, pemantauan masih diteruskan agensi terlibat

Bernama
Bernama
25/06/2025
10:25 MYT
Sponsor Banner
Kebakaran stor minyak enjin: Siasatan, pemantauan masih diteruskan agensi terlibat
Pihak berkuasa telah mengenal pasti pelanggaran serius terhadap undang-undang tanah, alam sekitar, keselamatan dan pengurusan sisa. - Gambar fail/Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Siasatan dan pemantauan masih diteruskan oleh semua agensi terlibat berhubung insiden kebakaran stor penyimpanan lori serta minyak enjin di Jalan Cenderai, Taman Kota Puteri, Masai, di sini, pada Sabtu lepas.

Ringkasan AI
  • Kebakaran di stor minyak enjin dan lori di Masai mendedahkan lima daripada enam premis terlibat beroperasi secara haram, tanpa lesen sah daripada PBT dan berada di luar zon industri.
  • Hanya satu premis didapati memiliki lesen sah oleh MBJB dan MPOB, manakala selebihnya melanggar undang-undang berkaitan tanah, alam sekitar, dan keselamatan.
  • PBT tidak mempertimbangkan pampasan untuk premis haram, dan tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pemilik yang melanggar peraturan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata pihak berkuasa telah mengenal pasti pelanggaran serius terhadap undang-undang tanah, alam sekitar, keselamatan dan pengurusan sisa.
Beliau berkata siasatan awal mendapati hanya sebuah premis penyimpanan minyak kelapa sawit memiliki lesen sah yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
"Mereka yang hendak membina kilang mestilah berada dalam kawasan telah dizonkan sebagai zon industri dan perlu menghantar kebenaran merancang (KM) kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk semakan jabatan teknikal daripada segi kelayakan.
"Langkah itu merupakan proses sedia ada selama ini dan untuk kilang yang terbakar ini hanya sebuah kilang sahaja didapati berlesen, sementara lima yang lain beroperasi secara tidak sah tetapi dalam kawasan pemilikan satu 'owner'," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohd Jafni berkata sehubungan itu, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
"Selain itu, kilang haram yang dibuat tanpa kebenaran ini tiada pampasanlah kerana di bawah tanggungjawab mereka sendiri.
"Kita di peringkat PBT setakat ini tidak mempertimbangkan apa-apa pampasan memandangkan melibatkan sebahagian besar bangunan yang dibina secara haram manakala bagi kilang berlesen pula biasanya ada dilindungi insurans," katanya ketika ditanya mengenai bentuk bantuan atau pampasan yang akan disalurkan kepada pemilik atau penyewa premis yang sah dan telah terjejas dalam kejadian kebakaran tersebut.
Sebanyak lima premis terbakar dalam kejadian yang melibatkan kawasan seluas kira-kira 1,000 meter persegi itu termasuk 15 kenderaan turut musnah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran kilang
#kebakaran stor penyimpanan lori serta minyak enjin
#Taman Kota Puteri
#EXCO Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami