awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendidikan pelarian Palestin semakin terancam - UNWRA
PRN Melaka, Johor: Amanah tuntut agihan kerusi seimbang daripada BN
LRT Laluan Mutiara perkasa kontraktor Bumiputera, kontrak RM1.14 bilion dianugerah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran tahfiz: Dua jenazah dijangka diserah kepada keluarga malam ini

Bernama
Bernama
14/09/2017
13:46 MYT
Kebakaran tahfiz: Dua jenazah dijangka diserah kepada keluarga malam ini
Dua jenazah daripada 23 mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini, dijangka diserahkan kepada pihak keluarga malam ini. -Foto JBPM
Dua jenazah daripada 23 mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung di sini, dijangka diserahkan kepada pihak keluarga malam ini.
Sumber polis memberitahu Bernama bahawa urusan identifikasi dan pengecaman telah selesai dijalankan terhadap dua jenazah itu petang tadi.
"Dua jenazah itu akan diserahkan kepada keluarga untuk proses seterusnya seperti mandi jenazah, kafan, solat dan pengebumian," katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, hari ini.
Beliau berkata selain itu, empat sampel DNA telah dihantar ke Jabatan Kimia dan baki sampel lain akan diserahkan ke jabatan itu selewat-lewatnya malam ini.
Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz berkenaan terkorban dalam insiden 5.15 pagi itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa kebakaran
#Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah
#sampel DNA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan