NIBONG TEBAL: Majoriti penduduk di sekitar Kampung Kebun Baru dan Kampung Ladang Byram akur berpindah selepas arahan pemindahan dikeluarkan susulan kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung di sini.
Peniaga kek, Siti Samsiah Abd Hassan, 34, berkata, dia dan keluarganya akan berpindah ke rumah saudara berdekatan selepas pihak berkuasa memaklumkan udara di kawasan kediamannya tidak selamat.
"Semasa mula-mula terbakar, tak ada bau apa-apa tetapi sejak Ahad, kami mula terbau asap. Selain itu, jika berada di luar rumah, mata berasa pedih selain akan terbatuk.
"Oleh demikian, saya termasuk suami, anak, ibu dan beberapa ahli keluarga lain yang tinggal serumah akan berpindah ke rumah saudara kami berdekatan untuk keselamatan.
"Kami akur kerana faham dengan arahan yang dikeluarkan, ia untuk kebaikan bersama," katanya ketika ditemui di kediamannya di sini pada Isnin.
Dia yang tinggal di situ sejak dilahirkan berkata, kejadian berkenaan merupakan yang terburuk sehingga arahan berpindah dikeluarkan.
"Kejadian kebakaran berlaku beberapa kali sebelum ini tetapi tidak seteruk seperti kali ini. Kali ini paling teruk sehingga kami perlu berpindah," katanya.
Sementara itu, Siti Hajar Hashim, 54, berkata, dia akur dengan arahan tersebut demi keselamatan keluarganya.
Bagaimanapun katanya, demi memastikan rumahnya selamat, dia akan bergilir-gilir dengan suaminya untuk pulang ke rumah untuk pemeriksaan.
"Anak-anak lain sudah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Saujana Indah dan hari ini, saya bersama seorang lagi anak baru nak pergi.
"Suami saya masih di rumah, namun kami akan bergilir-gilir ke PPS kerana bimbang dengan keadaan rumah," katanya.
Bagaimanapun seorang lagi penduduk, Mohamad Hafiz Abdullah, 31, enggan dipindahkan ke PPS kerana pihak berkuasa tidak mengeluarkan sebarang surat rasmi memaklumkan arahan pemindahan itu.
"Saya memerlukan surat rasmi itu supaya saya boleh memaklumkan kepada majikan bahawa saya adalah mangsa yang terjejas dalam kejadian ini.
"Saya juga mahu pihak berkuasa memastikan rumah saya dilindungi apabila saya diminta keluar dan tinggal di tempat lain," katanya.
Muhammad Hafiz yang bekerja sebagai pekerja kilang berkata, dia bagaimanapun tidak akan berpindah ke PPS sebaliknya akan tinggal sementara di rumah kakaknya di Simpang Empat jika surat rasmi dikeluarkan nanti.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kebun Baru, Nor Syakila Abdullah, 48, berkata, masih ada yang masih enggan berpindah namun usaha memujuk sedang dijalankan.
Menurutnya, sehingga kini, 18 keluarga sudah bersedia untuk berpindah ke lokasi lebih selamat.
"Jumlah keseluruhan rumah di kampung ini adalah 36 rumah melibatkan 115 orang. Sebelum jam 8 malam hari ini (Isnin), kesemua mereka akan berpindah sementara ke PPS dan rumah keluarga.
"Hanya ada segelintir yang belum setuju untuk keluar, dengan alasan risau dengan keadaan rumah, tiada yang tolong menjaga tanaman serta haiwan ternakan mereka.
"Jika mereka masih enggan, kita terpaksa meminta mereka menandatangani surat mengakui akan menanggung sendiri sekiranya berlaku perkara tidak diingini," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 18 2022

Siti Samsiah sedang mengemas pakaian sebagai persiapan berpindah sementara ke rumah saudaranya. -Foto Sinar Harian

Terbuka Malaysia | Axelsen dalam kelas tersendiri, rangkul gelaran sulung
Pemain Denmark Viktor Axelsen nyata berada pada kelas tersendiri apabila berjaya merangkul gelaran sulung Terbuka Malaysia 2022 selepas menewaskan pemain Jepun, Kento Momota dengan mudah pada final perseorangan lelaki, pada Ahad. Axelsen membuktikan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia dan juara Olimpik Tokyo 2020 dengan menumpaskan Momota dalam straight set 21-4, 21-7 untuk melakar gelaran hatrik dalam tempoh sebulan selepas terbuka dan Masters Indonesia.

Bertanding Pemilihan | Saya tak pernah bincang dengan PM - Annuar Musa
Annuar Musa hari ini menafikan spekulasi yang dibuat sesetengah pihak kononya beliau bersama Perdana Menteri merancang untuk bertanding dalam pemilihan UMNO yang akan datang membabitkan kerusi tertinggi kepimpinan parti tersebut. Jelas beliau, setakat ini tiada sebarang perbincangan pernah diadakan berkenaan perkara itu walaupun mengakui pernah mendengar desas desus terbabit.

10 Berita Pilihan - (02 Julai 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 Julai 2022.

Vietnam Airlines sambung semula perkhidmatan ke Indonesia
Vietnam Airlines menyambung semula perkhidmatan antara Ho Chi Minh City dan Jakarta, Indonesia pada Sabtu selepas dihentikan beberapa bulan lalu akibat COVID-19.

Banjir Australia | Penduduk New South Wales diarah berpindah
Perkembangan banjir di Australia. Penduduk New South Wales diarahkan untuk berpindah setelah paras air meningkat disebabkan hujan lebat berterusan sehingga menyebabkan banjir di wilayah itu.

Muzium Baharu | The Palace Museum tarikan terbaharu di Hong Kong
Muzium budaya The Palace Di Hong Kong mula dibuka kepada umum pada Ahad. Lebih dari 900 koleksi dipamerkan di muzium ini, termasuk beberapa koleksi peribadi yang pertama kali dipamerkan buat pengunjung.

Nahas Bas | 19 maut dalam kemalangan bas di Pakistan
Nahas bas di Dana Sar, Barat Daya Pakistan meragut 19 nyawa. Menurut kenyataan rasmi kerajaan yang dikeluarkan pada Ahad. Nahas itu turut mencederakan 12 penumpang lain.

Risiko Banjir | Peruntukan lebih RM1 bilion elak risiko banjir, hakisan
Sebanyak RM1.5 hingga RM5 bilion diperuntukkan bagi mengurangkan risiko banjir, pengawalan hakisan pantai, pemuliharaan muara sungai dan pembangunan sungai di Terengganu. Menurut Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, peruntukan itu diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 membabitkan 21 projek terdiri daripada 20 projek sambungan dan satu projek baharu.

Meninggal Dunia | Tok Mun meninggal dunia
Bekas calon bebas Pilihanraya Umum (PRU) Ke-12, Maimun Yusof atau lebih dikenali sebagai Tok Mun meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Atas Tol, Kuala Terengganu akibat sakit tua pada Ahad. Maimun yang juga calon wanita tertua pada PRU Ke-12 menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.30 petang tadi pada usia 103 tahun.

Sungai Pendang capai paras bahaya
Paras air di sungai terbabit didapati meningkat sekali lagi hingga mencapai paras 2.93m setakat jam 8 pagi Sabtu.

35 maut banjir buruk melanda Brazil
Menurut pihak berkuasa tempatan, seramai 765 mangsa terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Air naik dengan cepat hingga paras dada, warga emas di Felda Trolak cemas
Musibah kali ini merupakan banjir paling teruk pernah dialaminya sejak hampir 50 tahun warga emas itu tinggal di kawasan berkenaan.

Jumlah mangsa banjir di Perak berkurangan petang ini
Jumlah mangsa banjir di Perak pada petang ini berkurangan kepada 113 orang daripada 39 keluarga berbanding 202 mangsa daripada 60 keluarga pada pagi tadi.

17 kampung terjejas, 32 mangsa banjir dipindahkan di Sipitang
35 mangsa dipindahkan bermula tengah malam tadi ke Pusat Pemindahan Sementara Dewan Mini Mesapol yang dibuka sejak lewat petang semalam.

Banjir: 43 mangsa dipindahkan ke PPS
Mereka yang ditempatkan di PPS itu terdiri daripada 17 lelaki dewasa dan sembilan wanita, manakala kanak-kanak lelaki (8 orang) dan kanak-kanak perempuan (2 orang).

Banjir pulih, PPS di Kedah dan Negeri Sembilan ditutup
Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) iaitu dua di Negeri Sembilan dan satu di Kedah yang menempatkan 138 mangsa banjir daripada 48 keluarga ditutup sepenuhnya hari ini.

Jumlah mangsa banjir Sabah menurun kepada 1,435 orang
Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Sabah kini sudah mula menunjukkan trend penurunan.

Banjir kilat di Janda Baik beransur pulih namun jumlah mangsa bertambah
Keadaan banjir kilat di beberapa perkampungan di Janda Baik sejak awal pagi tadi dilihat beransur pulih apabila paras air semakin surut.

Banjir di Pontian surut sepenuhnya, PPS terakhir ditutup
Pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir di Daerah Pontian ditutup petang tadi, setelah banjir surut sepenuhnya.