NATIONAL

Kebakaran tercetus di pusat beli belah Mid Valley

Astro Awani 07/10/2017 | 12:20 MYT
Pihak JBPM dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan menunjukkan kebakaran tersebut berlaku di aras bawah bangunan berkenaan. - Foto JBPM
Satu kebakaran dilaporkan berlaku di pusat membeli-belah terkemuka Mid Valley Megamall di sini lewat petang tadi.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.10 petang Sabtu, dan tiba di tempat kejadian 7 minit kemudian.

JBPM dalam satu kenyataan memaklumkan, laporan awal menunjukkan kebakaran tersebut berlaku di aras bawah bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, menurutnya kebakaran telah berjaya dikawal dan tiada mangsa yang dilaporkan terlibat.

Sementara itu, netizen turut berkongsi gambar serta detik cemas mereka semasa kejadian tersebut.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#bomba #JBPM #kebakaran #Mid Valley