MALAYSIA

Kebakaran wad ICU HSA: #PrayForHSA trending di media sosial

Helmi Majid 25/10/2016 | 11:32 MYT
Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru mengorbankan enam pesakit dalam kejadian yang berlaku pagi tadi. -fotoBERNAMA
Hashtag #PrayForHSA menjadi trending dengan pelbagai ucapan disampaikan susulan kejadian kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru yang mengorbankan enam pesakit dan seorang lagi mengalami kecederaan teruk pagi Selasa.

Tiada kata dan ungkapan yang dapat menggambarkan impak insiden tersebut.

Antara yang turut berkongsikan ucapan di media sosial adalah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan pelakon serta pengacara popular, Neelofa yang turut meluahkan rasa simpati atas insiden tersebut.

BACA: Kebakaran wad ICU HSA: Reaksi cemas, ucapan takziah di media sosial

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tatkala ramai pengguna media sosial merakamkan ucapan takziah, netizen turut berpesan agar lebih sensitif dan berhati-hati dalam perkongsian mereka.

Ramai berkata elak perkongsian gambar mangsa atas dasar menghormati waris mangsa yang terkorban.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Othman Abdullah berkata seramai 166 anggota bomba dan 10 jentera dikejarkan ke HSA sebaik sahaja panggilan diterima pada 8.56 pagi tadi.
#Hospital Sultanah Aminah #hospital terbakar #ICU #unit rawatan rapi