awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebakaran Wisma Jakel: Polis tunggu laporan siasatan JBPM

Sinar Harian
Sinar Harian
05/01/2023
07:33 MYT
Kebakaran Wisma Jakel: Polis tunggu laporan siasatan JBPM
Dalam kejadian pertama pada jam 7.08 pagi Ahad, kebakaran bangunan di Wisma Jakel itu telah mengakibatkan syarikat tekstil itu mengalami kerugian dianggarkan hampir RM100 juta. - Gambar fail/JBPM Selangor
SHAH ALAM: Polis masih menunggu hasil siasatan penuh daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berhubung kebakaran di Wisma Jakel di sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, setakat ini pihaknya belum membuka sebarang kertas siasatan berhubung kejadian.
"Setakat ini, tiga individu terdiri daripada seorang pekerja pembersihan di Wisma Jakel, seorang individu awam dan seorang anggota polis telah diambil keterangan awal berhubung kejadian.
"Bagaimanapun, kertas siasatan belum dibuka memandangkan pihak polis perlu menunggu hasil laporan penuh berkaitan punca kejadian dari pihak JBPM," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Katanya, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut sekiranya wujud unsur-unsur jenayah dalam kejadian tersebut.
Sebelum ini, pada 3 Januari lalu, polis menerima tujuh laporan polis berkaitan kes kebakaran Wisma Jakel di Seksyen 7 di sini, termasuk melibatkan kejadian terbaharu tengah malam Isnin.
Dalam kejadian pertama pada jam 7.08 pagi Ahad, kebakaran bangunan di Wisma Jakel itu telah mengakibatkan syarikat tekstil itu mengalami kerugian dianggarkan hampir RM100 juta.
Bagaimanapun, pada jam 12.40 tengah malam Selasa, kejadian kebakaran kedua pula berlaku membabitkan bilik simpanan kain langsir di wisma terbabit.
Topic Berkaitan
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#kebakaran Wisma Jakel
#Mohd Iqbal Ibrahim
#unsur-unsur jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan