SEPANG: Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak sudah ditempah sepenuhnya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri minggu hadapan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, melihatkan kepada keadaan itu, beliau menjangkakan lapangan terbang akan sibuk pada Sabtu dan Ahad ini susulan ramai mengambil cuti tambahan pada Isnin dan Selasa.

Menurutnya, beliau juga menerima maklumat tiket penerbangan sudah penuh sehingga 9 April nanti. 

Begitupun begitu, statistik jumlah penumpang bermula esok tidak dikongsikan memandangkan data tersebut masih belum diperolehi.

“Sebab kita tidak boleh mengambil angka satu syarikat penerbangan sahaja kerana ada banyak syarikat penerbangan.

“Sekurang-kurangnya tiga syarikat yang menawarkan penerbangan ke Sabah, Sarawak. Memang ketiga-tiga syarikat mendapat sambutan yang cukup tinggi. Kebanyakan penerbangan memang sudah penuh.

“Sejak dua, tiga minggu lalu, memang kebanyakan penerbangan dah penuh. Antara yang paling penuh ialah sektor Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur ke Tawau. Seperti Tawau, sebab penerbangan tidak banyak. Jadi memang agak awal sudah penuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Khas Untuk Penerbangan Lewat Malam Airasia Dengan Tambang Tetap ke Malaysia Timur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Pada masa sama, beliau berkata kerajaan akan memastikan tetapi kadar berpatutan dikenakan kepada rakyat walaupun permintaan tinggi.

Tegasnya, itu faktor kerajaan melaksanakan harga maksimum seperti diumumkan sebelum ini.