KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu segera mengeluarkan pekeliling atau garis panduan yang jelas mengenai kebenaran bagi guru serta petugas Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) untuk terlibat aktif dalam aktiviti politik.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berkata garis panduan itu penting bagi memastikan tiada pelanggaran undang-undang seperti salah guna kuasa, selain mengelak daripada orang awam membuat tuduhan tidak berasas.
"Kebenaran itu pada dasarnya adalah munasabah kerana ketika ini remaja seawal usia 18 tahun pun bakal diberikan hak untuk terlibat dalam pilihan raya umum.
"Walaupun diberikan kebenaran berpolitik, keutamaan yang perlu didahulukan oleh semua penjawat awam tetap ialah tugas hakiki masing-masing, terutama dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan membenarkan semua guru sekolah dan petugas Kemas di seluruh negara untuk berpolitik sebagai menghormati prinsip demokrasi.
Sementara itu Adnan berharap kebenaran berpolitik itu tidak menjadikan guru, petugas Kemas atau penjawat awam lain diarahkan bekerja untuk politik, lebih-lebih lagi dengan status kontrak kakitangan Kemas yang menyebabkan mereka terdedah pada ugutan atau dianiaya sekiranya berlaku peralihan kuasa atau enggan melaksanakan aktiviti politik seperti diarahkan pihak tertentu.
"Cuepacs bimbang kebenaran itu disalah guna atau disalah erti oleh pihak tertentu hingga membuatkan penjawat awam menjadi alat politik, diugut dan sebagainya. Perkara ini pernah terjadi terutama melibatkan kakitangan Kemas yang dituduh membantu kerajaan terdahulu sedangkan setiap tugas dilakukan dengan profesional dan penuh tanggungjawab," katanya.
Sehubungan itu, Adnan juga berharap kerajaan memberikan taraf jawatan tetap kepada petugas Kemas selari dengan kebenaran untuk mereka berpolitik.
Katanya penjawat awam lain yang dibenarkan berpolitik seperti guru adalah petugas tetap, jadi mereka tidak cenderung untuk dianiaya atau diugut berdasarkan status tetap itu.
Beliau turut menasihatkan parti politik agar tidak menjadikan penjawat awam sebagai alat untuk kepentingan politik masing-masing kerana perkhidmatan awam perlu bergerak secara profesional walaupun mempunyai ideologi politik berbeza.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 23 2022
Adnan juga berharap kerajaan memberikan taraf jawatan tetap kepada petugas Kemas selari dengan kebenaran untuk mereka berpolitik. - Gambar fail
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Kebenaran penjawat awam berpolitik perlu pekeliling jelas - Cuepacs
Kerajaan perlu segera mengeluarkan pekeliling atau garis panduan yang jelas mengenai kebenaran bagi guru serta petugas Kemas untuk terlibat aktif dalam aktiviti politik.