awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebenaran perniagaan beroperasi berdasarkan arahan MKN - DBKL

Bernama
Bernama
12/06/2021
04:27 MYT
Kebenaran perniagaan beroperasi berdasarkan arahan MKN - DBKL
DBKL telah membuat pemantauan pematuhan SOP dan sejumlah 22 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap premis yang tidak patuh. - Facebook DBKL
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menafikan mengamalkan dasar pilih kasih dalam membenarkan aktiviti perniagaan di ibu kota sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh berkuat kuasa.
DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa sebarang kebenaran untuk perniagaan beroperasi tertakluk kepada keputusan dan arahan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Aktiviti perniagaan yang dibenarkan beroperasi ialah pasar borong, pusat penjaja, pasar berbangunan/berbumbung, gerai tepi jalan, bazaria, kios/gerai berkunci, trak makanan, penjaja beredar, permit sementara, lesen waktu terhad dan lesen sementara KL Prihatin.
"Pasar pagi terbuka adalah sama seperti pasar malam/pasar tani yang tidak dibenarkan oleh kerajaan untuk beroperasi," menurut kenyataan itu, hari ini.
DBKL berkata setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
"Sehingga kini pihak DBKL telah membuat pemantauan di lokasi tersebut dan sejumlah 22 notis kompaun telah dikeluarkan terhadap premis yang tidak mematuhi SOP yang ditetapkan," katanya.
BACA: Langgar SOP PKP: DBKL kompaun enam syarikat operasi melebihi had masa
Pada 9 Jun lepas, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok mendakwa wujud layanan dua darjat oleh DBKL dalam membenarkan pasar-pasar beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh selepas menerima aduan penjaja pasar pagi terbuka yang diarahkan untuk menghentikan operasi dalam tempoh tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SOP
#DBKL
#Kuala Lumpur
#Majlis Keselamatan Negara
#sekatan pergerakan penuh
#Teresa Kok
#Parlimen
#KL Prihatin
#lesen
#permit
#pilih kasih
#perniagaan
#MKN
#pasar
#penjaja
#aduan
#kebenaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan