awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka hampir pada paras tertinggi lebih tujuh tahun didorong OPR dikekalkan
Thailand lepaskan jerung harimau bintang terancam dalam usaha pemuliharaan
Isteri bekas PTD didakwa di mahkamah Kuala Terengganu hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keberkesanan amaran bencana, pendakwaan syariah antara tumpuan Dewan Rakyat

Bernama
Bernama
26/01/2026
00:30 MYT
Keberkesanan amaran bencana, pendakwaan syariah antara tumpuan Dewan Rakyat
Selepas sesi soal jawab lisan, Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang bermula minggu lepas susulan Istiadat Pembukaan Mesyuarat oleh Yang di-Pertuan Agong. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Isu keberkesanan sistem amaran awal bencana dalam menyalurkan maklumat secara pantas dan menyeluruh menjadi antara perkara yang dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) mengajukan soalan itu kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi mengetahui keberkesanan sistem berkenaan, khususnya di kawasan luar bandar, pada sesi soal jawab lisan.
Pada sesi sama, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi (PN-Kuala Kedah) meminta Perdana Menteri menyatakan status Pelan Kecekapan Pendakwaan Syariah Nasional (PKPSN) sebagai dasar rasmi negara.
Beliau turut bertanya mengenai kesediaan kerajaan untuk mewujudkan Akta Jabatan Pendakwaan Syariah Persekutuan bagi memperkukuh fungsi pendakwaan Islam serta memastikan kebebasannya setaraf Jabatan Peguam Negara.
Selain itu, Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) meminta Perdana Menteri menyatakan perkembangan cadangan kerajaan untuk menggubal Akta Pendanaan Politik bagi menjamin ketelusan.
Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (PN-Kemaman) pula meminta Menteri Pendidikan Tinggi menyatakan peratusan siswazah yang bekerja dalam pekerjaan separa mahir dan di luar bidang pengajian dari 2021 hingga 2025, serta usaha strategik kerajaan bagi mengurangkan peratusan tersebut saban tahun.
Selepas sesi soal jawab lisan, Dewan Rakyat akan menyambung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja yang bermula minggu lepas susulan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 19 Jan.
Menurut takwim Dewan Rakyat, persidangan kali ini berlangsung selama 20 hari hingga 3 Mac.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#sistem amaran awal bencana
#Parlimen
#pendakwaan syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan