Keberkesanan vaksin COVID-19 turun, KKM saran ambil dos penggalak - Khairy

Afiezy Azaman
November 15, 2021 01:00 MYT
Khairy berkata, buat masa ini vaksin Pfizer-Biontech diluluskan untuk penggunaan dos penggalak bagi penerima vaksin Pfizer dan Sinovac. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan individu yang mendapat tarikh janji temu dos penggalak vaksin COVID-19 untuk hadir bagi menerima suntikan tersebut.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ini susulan kadar keberkesanan vaksin COVID-19 akan menurun selepas beberapa bulan.
"Sebab itu PICK (Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan) memberi dos penggalak.
"Pemberian dos penggalak yang berbeza dari dos asal dilaksana di banyak negara. Di Chile, dos penggalak Pfizer kepada penerima Sinovac meningkatkan keberkesanan sehingga 95%," katanya melalui ciapan di Twitter, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Khairy yang juga ahli Parlimen Rembau itu berkata, pemberian dos penggalak adalah strategi perlindungan yang penting terutamanya dengan pembukaan sektor ekonomi dan sosial.
"Jika anda menerima janji temu untuk dos penggalak, KKM menyarankan anda hadir dan menerima ‘booster shot’ untuk COVID-19," ujarnya.
Kata Khairy, buat masa ini vaksin Pfizer-Biontech telah diluluskan untuk penggunaan dos penggalak bagi penerima vaksin Pfizer dan Sinovac.
"Kami juga sedang menilai kombinasi lain, untuk keselamatan dan keberkesanan dan akan mengumumkannya dalam beberapa minggu akan datang," jelasnya.

Keberkesanan vaksin COVID-19 akan menurun selepas beberapa bulan. Sebab itu PICK memberi dos penggalak. Pemberian dos penggalak yang berbeza dari dos asal dilaksana di banyak negara. Di Chile, dos penggalak Pfizer kepada penerima Sinovac keberkesanan sehingga 95%. pic.twitter.com/Suh3wVnmex

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Individu yang berusia 40 tahun ke atas dan mempunyai komorbiditi telah mula mendapatkan dos penggalak atau booster shot.
Orang ramai akan menerima tarikh janji temu menerusi aplikasi MySejahtera.
PICK | Keberkesanan vaksin turun, KKM saran ambil dos penggalak - KJ

Pemberian dos penggalak adalah strategi perlindungan yang penting terutamanya dengan pembukaan sektor ekonomi & sosial. Jika anda menerima janji temu untuk dos penggalak, @KKMPutrajaya menyarankan anda hadir dan menerima booster shot untuk COVID-19.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

At the moment Pfizer has been approved for a booster shot for both Pfizer (PPP) & Sinovac (SSP) primary series recipients. We are also assessing other combinations (SSA, AAP, etc) for safety & effectiveness and will be announcing this in the coming weeks.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) November 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #dos penggalak #vaksin #PICK