awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebocoran bahan kimia di kilang di Pasir Gudang terkawal - Bomba

Bernama
Bernama
23/08/2023
15:00 MYT
Kebocoran bahan kimia di kilang di Pasir Gudang terkawal - Bomba
Sebuah kilang dikesan berlaku kebocoran bahan kimia jenis "Styrene Monomer" di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang, petang tadi. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Sebuah kilang dikesan berlaku kebocoran bahan kimia jenis "Styrene Monomer" di Jalan Pekeliling, Pasir Gudang, petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad, berkata operasi tersebut melibatkan enam anggota dari BBP Pasir Gudang dan lapan anggota Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Larkin.
Beliau berkata, BBP Pasir Gudang menerima maklumat berhubung pencemaran bau di kawasan tersebut pada jam 5.21 petang.
"Hasil pemeriksaan mendapati berlaku kebocoran bahan kimia pada injap saluran bahan kimia di kilang itu," katanya, dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata kilang terbabit yang mempunyai Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) memerlukan bantuan Hazmat untuk menutup injap saluran tersebut dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.
Katanya, setakat ini, keadaan di lokasi kejadian terkawal dan tiada laporan atau aduan diterima daripada orang awam, sama ada mengalami gejala pening dan sebagainya akibat kejadian itu.
Beliau turut menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu yang tular di media sosial kerana boleh menggugat ketenteraman awam serta menimbulkan kerisauan kepada penduduk setempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebocoran bahan kimia
#Styrene Monomer
#kilang di Pasir Gudang
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan