MALAYSIA
Kebocoran gas: Operasi lupus gas butana di Kerteh ambil masa tiga hari
Mohd Razi (tiga, kiri) meninjau lokasi kejadian kebocoran paip gas butana di kawasan Petronas Gas, Tapak Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), hari ini. - Foto Bernama
CHUKAI: Operasi melupus sisa gas butana yang bocor di kawasan PETRONAS Gas Bhd (PGB) di tapak Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga hari lagi.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Mohd Razi Rosli berkata pemeriksaan di tujuh lokasi yang ditempatkan alat pengesan gas oleh Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta PETRONAS mendapati bacaan di lima tempat ialah kosong kecuali di muka terowong yang berlakunya kebocoran.
Beliau berkata hal itu menunjukkan keadaan adalah terkawal dan benar-benar selamat untuk penduduk di kawasan berhampiran.
"Alhamdulillah hanya dua lokasi iaitu di muka terowong, iaitu kawasan yang berlaku kebocoran yang menunjukkan ada bacaan gas.
"Oleh sebab keadaan sudah benar-benar selamat, esok kita akan benarkan 20 penghuni tahfiz yang dipindahkan Ahad lepas pulang ke madrasah mereka untuk meneruskan aktiviti seperti biasa," katanya pada sidang media di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kerteh dekat sini hari ini.
Bagaimanapun Mohd Razi berkata aktiviti pembinaan ECRL masih dihentikan untuk sementara waktu sehingga gas berkenaan dapat dilupuskan sepenuhnya.
Menurut beliau kerja-kerja membakar sisa gas menggunakan dua alat pembakaran mudah alih masih berjalan dengan kawalan serta pemantauan rapi oleh pasukan Hazmat dan PETRONAS.
Katanya setakat ini pihak polis masih mengekalkan jarak selamat iaitu sekitar radius 500 meter untuk beroperasi bagi mengelak kejadian tidak diingini.
"Pihak Petronas telah memasang satu lagi alat pembakaran mudah alih kira-kira 11.30 malam tadi di kawasan BU 104, iaitu di hujung kiri bahagian injap yang paling hampir dengan tempat gas bocor untuk mempercepat proses pembakaran.
"Jika tiada masalah, PETRONAS juga akan melakukan prosedur memasukkan nitrogen ke dalam paip bagi memastikan saki-baki butana dapat dilupuskan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Bomba Terengganu Mohd Khairiri Mat Resad berkataberkata pihaknya menggunakan dua peralatan berteknologi tinggi untuk mengesan kehadiran gas berbahaya dan mudah terbakar di lokasi terlibat.
Beliau berkata proses mengesan dan mengambil bacaan gas dijalankan setiap dua jam oleh pasukan Hazmat.
"Selain itu, Petronas dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) juga menggunakan dron yang dilengkapi alat khas untuk membuat pemantauan dan mengesan keberadaan gas dari udara.
"Menurut maklumat daripada PETRONAS, proses melupuskan sisa butana mengambil masa agak lama kerana proses pembakaran tidak boleh dibuat secara besar kerana akan memberikan kesan kepada keadaan sekeliling," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Proses melupus sisa gas butana di tapak ECRL Kerteh dijangka ambil masa 2-3 hari lagi, dengan keadaan kini terkawal dan penduduk berhampiran disahkan selamat.
- Kerja pembakaran sisa gas dilakukan secara terkawal menggunakan alat mudah alih, dengan pemantauan Hazmat, PETRONAS, dan JAS termasuk penggunaan dron; radius keselamatan 500 meter masih dikekalkan.
- Aktiviti pembinaan ECRL masih dihentikan sementara sehingga pelupusan selesai, termasuk prosedur memasukkan nitrogen ke dalam paip untuk memastikan saki-baki gas dilupuskan sepenuhnya.