awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebocoran radioaktif dikesan di kemudahan penyelidikan bahan api nuklear Jepun

Bernama
Bernama
13/09/2023
04:00 MYT
Kebocoran radioaktif dikesan di kemudahan penyelidikan bahan api nuklear Jepun
Pencemaran ditemui di atas dan di bawah kotak sarung tangan, dengan tahap aktiviti radioaktif tertinggi sekitar 33 becquerel. - Gambar hiasan
TOKYO: Agensi Tenaga Atom Jepun (JAEA) mengesahkan kebocoran bahan radioaktif di satu kemudahan penyelidikan bahan api nuklearnya tetapi tiada kesan buruk terhadap kesihatan kakitangan atau persekitaran berhampiran dilaporkan, Xinhua memetik laporan media tempatan.
Kebocoran itu dikesan dalam Bilik Pembangunan Bahan Api Plutonium No. 3 di Makmal Kejuruteraan Kitaran Bahan Api Nuklear JAEA, yang terletak di Desa Tokai, Ibaraki, lapor agensi berita Kyodo, memetik agensi itu.
Pada Jumaat lalu, Bilik Pembangunan Bahan Api Plutonium No. 3 mengenal pasti pencemaran akibat bahan radioaktif di empat lokasi dalam kemudahan itu.
Pencemaran itu ditemui semasa pemeriksaan rutin peralatan kotak sarung tangan, yang direka bentuk supaya kedap udara.
Pencemaran ditemui di atas dan di bawah kotak sarung tangan, dengan tahap aktiviti radioaktif tertinggi sekitar 33 becquerel.
JAEA memberi jaminan kepada orang ramai bahawa insiden itu tidak membawa kesan negatif terhadap kesihatan empat kakitangan di kemudahan itu, mahupun persekitaran berhampiran.
Pada masa ini, punca kebocoran bahan radioaktif sedang disiasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahan radioaktif
#kebocoran
#JAEA
#bahan api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan