awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kos bahan binaan meningkat pada Disember 2025, seiring harga simen, pasir - Perangkaan
Rapid Penang peroleh 240 bas elektrik bermula tahun ini - Loke
Dadah lebih RM1.1 bilion dirampas, 20,540 suspek ditahan di KL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebolehpasaran graduan TVET negara melonjak lebih 90 peratus

Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
Harits Asyraf Hasnan, Hafiz Marzukhi
27/03/2018
04:02 MYT
Kebolehpasaran graduan TVET negara melonjak lebih 90 peratus
Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa memberi penekanan kepada TVET supaya graduan yang dilahirkan dapat menepati kehendak industri. - Foto fail Bernama
Kadar kebolehpasaran graduan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara melonjak naik sehingga 91.4 peratus pada tahun lepas.
Statistik ini dikongsi Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap kain Ching ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
"Kadar kebolehpasaran graduan TVET dari 2013 ke 2017 telah meningkat daripada 74.9 peratus kepada 91.4 peratus.
"Ini satu yang membanggakan. Ia diteruskan melalui pelbagai inisiatif supaya graduan bersedia dan kekal relevan dalam menghadapi Revolusi Perindustrian Keempat (Revolusi Industri 4.0)," katanya.
Tambah Mary, pihaknya sentiasa memberi penekanan kepada TVET supaya graduan yang dilahirkan dapat menepati kehendak industri.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan dari Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN - Lenggong) mengenai sejauh mana graduan TVET ketika ini mampu memenuhi keperluan industri dalam negara sejajar dengan Revolusi Industri 4.0.
Topic Berkaitan
#Mary Yap Kain Ching
#revolusi industri 4 0
#Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi
#TVET
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan