awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
Hujan lebat di California ragut tiga nyawa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebun durian: Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA ditahan

Bernama
Bernama
14/04/2025
11:13 MYT
Kebun durian: Ahli Parlimen Raub, Pengerusi SAMKA ditahan
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kedua-dua individu itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub petang ini. - Bernama
KUANTAN: Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dan Pengerusi Save Musang King Alliance (SAMKA) Wilson Chang ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kerana didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas ketika operasi penguatkuasaan kebun durian di Raub minggu lepas.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kedua-dua individu itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub petang ini.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Difahamkan, Chow yang juga Penasihat SAMKA dan Chang hadir ke IPD Raub pada jam 4 petang tadi untuk dirakam keterangan.
Sebelum ini, operasi penguatkuasaan ke atas kebun durian di Raub mencetuskan pelbagai reaksi apabila pekebun didakwa tidak berpuas hati selepas tanaman mereka dimusnahkan.
Kerajaan Pahang pula menafikan melanggar perintah mahkamah apabila kira-kira 200 pokok durian Musang King ditebang dalam operasi di Sungai Klau, Raub pada 8 April lalu.
Operasi yang disertai polis dan Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) itu dijalankan di kawasan kebun yang diteroka tanpa kebenaran dan dijangka berlangsung hingga 3 Mei ini.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli parlimen raub ditahan
#kebun durian
#Pahang
#SAMKA
#polis
#Chow Yu Hui
#wilson chang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan