awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecewa kematian anak dipolitikkan, Shahidan buat laporan polis

Bernama
Bernama
20/07/2017
23:43 MYT
Kecewa kematian anak dipolitikkan, Shahidan buat laporan polis
SHAHIDAN: "Mereka boleh berperang dengan saya dalam politik tetapi jangan menyentuh perkara peribadi dan hal keluarga." - Gambar fail
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada Khamis membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang memuat naik komen tidak berasas dengan mengaitkan kematian anaknya pada Disember 2001.
Beliau membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar di sini petang tadi kerana menyifatkan perbuatan pemilik akaun Facebook 'Jeffery Teoh' itu berunsur provokasi politik yang berniat jahat serta menyentuh sensitiviti keluarga.
Shahidan, yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata beliau terkejut dan kecewa dengan perkara itu kerana pemilik akaun Facebook itu sanggup mempermainkan soal kematian.
Anak bongsu beliau yang berusia tiga tahun, Ameer Mohammad Fawwaz, meninggal dunia setelah terjatuh dari tingkat 31 Kondominium Sri Bistari, Jalan Putra, Kuala Lumpur, dalam kejadian pada 10 Dis 2001.
"Ini satu fitnah yang tidak berasas. Seolah-olah saya membunuh anak sendiri. Sedangkan komen itu dibuat berdasarkan kenyataan saya berkenaan Tun Mahathir (Mohamad)," katanya kepada pemberita di sini.
Shahidan berkata kenyataan yang dimuat naik individu terbabit di ruangan komen Facebook berhubung artikel bertajuk 'Walau hubungan baik, Shahidan tetap lawan Dr M' yang disiarkan sebuah portal berita adalah berniat jahat dan cuba menjatuhkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin.
"Mereka boleh berperang dengan saya dalam politik tetapi jangan menyentuh perkara peribadi dan hal keluarga. Tindakan tegas polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bagi menyiasat motif dia berbuat demikian," kata Shahidan, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.
Sebanyak 22 laporan polis dibuat berkenaan fitnah ini di seluruh negara termasuk 19 laporan dibuat di Kangar dan satu di Arau.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew ketika ditemui berkata pihaknya dan SKMM akan menyiasat komen daripada pemilik akaun Facebook berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak Shahidan
#Facebook
#fitnah
#laporan polis
#Menteri di Jabatan Perdana Menteri
#Shahidan Kassim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan