awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keciciran pelajar di Kelantan tidak kritikal - KP Pendidikan

Bernama
Bernama
04/09/2025
09:38 MYT
Keciciran pelajar di Kelantan tidak kritikal - KP Pendidikan
Mohd Azam berkata antara faktor dikenal pasti menyumbang kepada keciciran pelajar ini termasuk masalah sosio ekonomi keluarga, keinginan untuk bekerja dan pengaruh rakan sebaya. - Bernama
KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan isu keciciran pelajar di Kelantan masih terkawal dan tidak sampai ke tahap yang kritikal, kata Ketua Pengarah Pendidikan Mohd Azam Ahmad.
Beliau berkata berdasarkan rekod, jumlah pelajar tercicir di negeri ini telah berkurangan iaitu hanya 327 orang pada tahun ini berbanding 652 orang pada tahun lepas.
"Kita nampak ada usaha penambahbaikan melalui intervensi yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan bersama pengetua dan guru besar bagi mengurangkan keciciran pelajar.
"Setakat ini, Kota Bharu merekodkan pelajar yang tercicir paling ramai iaitu seramai 76 pelajar, diikuti Gua Musang seramai 62 orang. Walau apa pun nilainya, kita sentiasa meneliti punca utama yang menyebabkan pelajar ini tercicir," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia Kali Ke-63 di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Mohd Azam berkata antara faktor dikenal pasti menyumbang kepada keciciran pelajar ini termasuk masalah sosioekonomi keluarga, keinginan untuk bekerja dan pengaruh rakan sebaya.
"Kita sebolehnya mahu mereka ini ke sekolah kerana berada di sekolah bukan hanya membantu mereka dari segi akademik tetapi juga membina akhlak diri, kesejahteraan mental dan sebagainya.
"Sama ada mereka terlibat dengan gejala sosial atau sebaliknya, itu kita akan nilai dari semasa ke semasa. Setakat ini, kita telah mengenal pasti beberapa faktor termasuk kemiskinan namun pihak kita ada 16 bentuk bantuan untuk mereka (golongan miskin)," katanya.
--BERNAMA
TAG: KPM, keciciran, pelajar, pengetua, tekanan
Topic Berkaitan
#keciciran pelajaran
#pelajar
#Kelantan
#pendidikan
#Mohd Azam Ahmad
#sosioekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami