KUALA LUMPUR: Tular di media sosial ketika ini beberapa foto dan video yang didakwa runtuhan tembok di taman tema air popular, Bangi Wonderland Theme Park and Resort.
Ia dikatakan runtuh susulan ribut kuat dan hujan lebat yang melanda kawasan itu, petang tadi.
Menerusi video yang dikongsi, dapat dilihat runtuhan itu memenuhi bahagian tepi jalan raya menuju ke kawasan perumahan bersebelahan.
"Akibat angin kuat. Semoga Allah melindungi kita semua," tulis Amirul Wan yang memuat naik video tersebut ke Facebook.
Selainnya beberapa individu turut meninggalkan pelbagai komen.
"Gilalah, tembok Bangi Wonderland runtuh sebab ribut," kata Che Wan dalam perkongsiannya di Twitter.
"Nasib baik tak pi situ tadi.. ingat nak mengopi kat Starbucks depan tu," kata seorang pemilik akaun yang bernama MaschinoUomo di Twitter.
“Baru lalu di kawasan ni tadi, di Bangi Wonderland,” jelas Ida Ahmad.
Sementara itu, pengguna media sosial lyang dikenali sebagai Balkis Ahmad mendakwa dia baru sahaja melalui kawasan runtuhan tersebut dan menyatakan berlaku di taman tema Bangi Wonderland.
“Betul baru berlaku. Boleh tengok sliding tanpa pagar,” tulisnya.
“Ya Allah, baru sahaja lepas mandi di sini bawa anak-anak, tidak sangka boleh jadi kejadian ribut seperti ini,” kongsi Siti Haliza.
Namun di ruangan komen, seorang pengguna dengan nama Intan memaklumkan tembok itu dirobohkan untuk tujuan baik pulih.
"Tak kuat mana pun angin kat sini tadi, sebab saya tinggal kat Bangi Avenue, setakat guruh kuat. Kalau tak silap memang dirobohkan untuk renovation, bukan sebab angin," tulisnya.
Setakat ini belum ada sebarang pengesahan daripada pengurusan taman tema tersebut.
Astro Awani
Sun Feb 13 2022
Tembok dikatakan runtuh susulan ribut kuat dan hujan lebat yang melanda kawasan itu, petang tadi. - Foto/Twitter @wanfarlee
10 Berita Pilihan - (02 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kerajaan Kelantan ucap terima kasih kepada PM
Mohd Nassuruddin Daud mengucapkan terima kasih kepada Anwar Ibrahim kerana memberi layanan sama rata kepada Kelantan seperti negeri-negeri lain.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
MSWP sasar lebih 50 emas di SUKMA Sarawak
MSWP menggalas misi besar apabila menyasarkan lebih 50 pingat emas selain menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik di Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.
Inisiatif FLYsiswa disambung semula mulai hari ini - MOT
Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan FLYsiswa disambung semula, bermula hari ini.
Copilot kini boleh digunakan pada OneDrive – Rumus kandungan fail sebelum dikongsi
Bulan Oktober lepas, Microsoft telah mengemas kini OneDrive pada versi web dengan antara muka baharu.
Tumpuan Jumaat - 03 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lelaki ditahan lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan di sebuah inap desa di Tampin, dekat sini pada Sabtu lepas.
Kecoh tembok taman tema Bangi Wonderland runtuh
Tular di media sosial ketika ini beberapa foto dan video yang didakwa runtuhan tembok di taman tema air popular, Bangi Wonderland.