Kecurian kabel punca gangguan MRT laluan Putrajaya - Prasarana

Amir (tengah) bercakap kepada media pada Majlis Penjenamaan Semula Pas Perjalanan Rapid dan Pengenalan #RAKANRAPID di LRT Taman Perindustrian Puchong, pada Sabtu. -Foto Bernama
SUBANG JAYA: Gangguan operasi transit aliran massa (MRT) Laluan Putrajaya yang menyebabkan perkhidmatan tren dijalankan secara manual sejak pagi tadi disyaki berpunca daripada kecurian kabel komunikasi dan sistem semboyan.
Ringkasan AI
- Gangguan operasi MRT Laluan Putrajaya disyaki berpunca daripada kecurian kabel komunikasi dan sistem semboyan di kawasan Taman Desa, menyebabkan tren beroperasi secara manual.
- Prasarana menyediakan 40 bas perantara percuma dan sedang menjalankan kerja pembaikan bersama pakar sistem asal untuk memulihkan operasi sepenuhnya.
- Hampir 50 kes kecurian kabel direkodkan dalam tempoh setahun, dan Prasarana telah membawa isu ini kepada perhatian kerajaan untuk memperketat undang-undang berkaitan aset infrastruktur awam.
"Kami akan terus memaklumkan perkembangan semasa kerja pemulihan kepada orang ramai supaya mereka dapat merancang perjalanan dengan lebih baik dalam tempoh dua hari ini," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran penjenamaan semula pas perjalanan Rapid di stesen transit aliran ringan (LRT) Taman Perindustrian Puchong, hari ini.
Beliau berkata insiden kecurian kabel yang menjejaskan operasi MRT itu dikesan di kawasan Taman Desa dan kini sedang disiasat dengan kerjasama pihak polis.
Amir berkata dalam tempoh setahun ini sahaja, hampir 50 kes kecurian kabel telah direkodkan, menunjukkan peningkatan kira-kira 100 peratus berbanding tahun lepas.
"Ia satu perkembangan membimbangkan kerana melibatkan risiko keselamatan serta kestabilan operasi. Kes kecurian kabel bukan sahaja menjejaskan sistem rel, malah turut memberi kesan kepada perkhidmatan operator lain yang menghadapi insiden sama.
"Perkara ini juga telah dibawa kepada perhatian kerajaan bagi mempertimbangkan langkah memperketat undang-undang berkaitan kecurian aset infrastruktur awam," katanya.
Sementara itu, menjelang Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 esok, beliau menasihati pengguna pengangkutan awam supaya merancang perjalanan lebih awal dan menggunakan laluan alternatif seperti yang dimaklumkan menerusi kenyataan Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail).
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


