awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KEDA perluas tanaman durian PROSPEK Pedu, rancakkan agropelancongan

Bernama
Bernama
16/06/2025
21:20 MYT
KEDA perluas tanaman durian PROSPEK Pedu, rancakkan agropelancongan
Mahdzir berkata, projek yang melibatkan 12 kampung di mukim itu setakat ini berjaya meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup penduduk di mukim berkenaan. - Gambar fail/Bernama
PADANG TERAP: Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) akan memperluas tanaman durian menerusi Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) Pedu bagi merancakkan lagi sektor agropelancongan di mukim itu.
Pengerusi KEDA. Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, projek yang melibatkan 12 kampung di mukim itu setakat ini berjaya meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup penduduk di mukim berkenaan.
"Matlamat kita juga adalah untuk menyuburkan kebun-kebun durian yang ada ... jadi fasiliti, jalan, baja diberikan dan cari jalan macam mana nak bersihkan dusun ini supaya bila datang musim durian lebih ramai boleh datang ke kebun durian.
"Ia satu program yang baik dan saya nak tengok balik kedudukan 12 kampung di mukim Pedu ini untuk kita halusi ... ada juga inap desa, jadi orang boleh datang dan makan (durian) di sini," katanya selepas program Pesta Durian@ Pedu 2025, di sini, pada Isnin.
Beliau berkata, pihaknya akan menambah baik infrastruktur dan jalan-jalan pertanian di kampung terlibat serta memperkemas proses pengumpulan durian di kebun supaya lebih efisien.
Mahdzir berkata, sehingga kini sebanyak 280 hektar tanaman raja buah itu diusahakan oleh 309 peserta PROSPEK dan menghasilkan lebih 300 tan durian yang terdiri daripada jenis durian klon dan durian kampung.
PROSPEK Pedu bermula sejak 2022 dan fasa pembangunannya selama tempoh lima tahun, dengan kos keseluruhan berjumlah RM8 juta dan projek berkenaan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.
Antara kampung terbabit ialah Kampung Padang Setol, Kampung Kuala Tekai, Kampung Pauh, Kampung Baru Seladang, Kampung Musa, Desa KEDA Bukit Kura, Kampung Lubuk Merbau, Kampung Buluh, Kampung Banggol Pong, Kampung Pinang, Kampung Tong Pelu dan Kampung Kepala Batas.
Projek itu memfokuskan kepada pembangunan di beberapa perkampungan sedia ada yang berdekatan tanpa melibatkan pembukaan kawasan baharu bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar, meningkatkan kualiti hidup, serta menaik taraf kemudahan prasarana di kampung-kampung sedia ada.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KEDA
#PROSPEK Pedu
#Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung
#Mahdzir Khalid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami