awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedah bakal warta Fatwa anti Syiah - Mukhriz

Bernama
Bernama
18/07/2013
23:20 MYT
Kedah bakal warta Fatwa anti Syiah - Mukhriz
Kerajaan negeri Kedah akan juga menggazet fatwa anti Syiah bagi membanteras fahaman itu yang didapati semakin menular di kalangan masyarakat, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Beliau berkata fatwa itu telah pun digazet di peringkat kebangsaan.
"Namun saya akan berbincang dengan Mufti terlebih dahulu sebelum melaksanakan fatwa ini di Kedah.
"Walaupun penularan fahaman Syiah di Kedah masih dalam keadaan terkawal, ia tidak bererti Kedah bebas daripada fahaman tersebut," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Setar, Khamis.
"Kita terima aduan daripada ahli-ahli agama yang menyuarakan kebimbangan tentang penularan fahaman Syiah. Oleh itu kita akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk menggazetkan fatwanya di Kedah secepat mungkin," tambah Mukhriz.
Beliau berkata akibat fahaman itu, turut timbul kesukaran untuk menguruskan hal berkaitan jenazah misalnya.
Sementara itu beliau berkata soal pemberian cuti umum di Kedah bagi sambutan Thaipusam masih dalam perbincangan.
"Kita masih mencari kaedah yang terbaik bagi mendapatkan cuti Thaipusam kepada kaum India dengan melihat kuota cuti am dan produktiviti pekerja.
"Setakat ini kuota cuti am di Kedah sudah penuh, jadi kita akan cari jalan penyelesaiannya bagi menunaikan janji yang telah dibuat sebelum pilihan raya umum ke-13 yang lalu," katanya.
Topic Berkaitan
#Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
#fatwa
#Syiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan