Kedah cuti jika menang Piala Malaysia - Mukhriz

Adie Sufian Zulkefli
November 2, 2019 07:35 MYT
Pasukan Kedah akan menentang pasukan Johor Darul Tazim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Bukit Jalil, ibu negara malam ini.
Esok, 3 November akan disytiharkan sebagai cuti umum kepada negeri Kedah sekiranya pasukan negeri itu menjuarai Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Bukit Jalil, malam ini.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menerusi satu kenyataan hari ini.
Pengisytiharan diperuntukkan di bawah Seksyen 9 (1) Akta Hari Kelepasan Am.
Mukhriz yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata Kerajaan Negeri membuat keputusan ini sebagai penghormatan kepada pasukan Hijau Kuning yang mengharumkan nama Negeri Kedah Darul Aman sehingga berjaya menjulang piala yang berprestif itu.
Ia juga bagi menghargai kesetiaan dan sokongan padu rakyat kepada pasukan bola sepak negeri ini.
#bola sepak #cuti umum #JDT #KFA #Malaysia #Mukhriz Mahathir #pasukan Kedah #persatuan bola sepak kedah #Piala Malaysia