KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin membidas cadangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang mahu Kedah menjadi negeri pengeluar ketum.
Menurutnya, beliau mengakui adalah kritikal untuk negeri seperti Kedah meneroka peluang pendapatan serta lapangan ekonomi yang baharu.
"Pendekatan mengambil ‘jalan mudah’ atau pemikiran ‘asal boleh’, ‘asal ada’, ‘hentam kromo’ dan ‘main belasah sajalah’ adalah sesuatu yang bukan sahaja berlawanan dengan fitrah dan ciri sebuah kematangan. Tetapi sangat berpotensi memudaratkan orang lain. Apatah lagi jika diamalkan oleh mereka yang memegang jawatan besar," tegas Shaiful Hazizy.
Beliau juga mempersoalkan, sama ada idea mengusulkan Kedah untuk menjadi negeri pengeluar ketum dan mengeksportnya pula ke Thailand sudah disandarkan pada kajian saintifik yang sahih, prospek ekonomi yang berasas serta kewujudan nilai tambah secara keseluruhannya.
“Saya ada beberapa sebab mengapa saya kurang berkenan dan menentang keras idea yang saya anggap sangat keanak-anakan dan tidak matang ini.
“Pertama, ketum belum diiktiraf sebagai produk yang sah. Jadi janganlah mengusulkan perkara yang masih dalam larangan dan bersalahan dengan peruntukan undang-undang. Ini bukan tahap pemikiran seorang Menteri Besar.
“Kedua, cadangan ini menimbulkan kekeliruan yang besar dan teruk dalam kalangan masyarakat. Umum menyedari, terlalu banyak kerosakan sama ada kesihatan atau moral yang disebabkan oleh ketagihan ketum.
“Janganlah dicadangkan sesuatu yang hanya merumitkan lagi keadaan. Di mana simpati dan sensitiviti seorang pemimpin dalam membuat dasar?” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambah beliau, terdapat banyak peluang serta potensi lain yang boleh diterokai dan dibangunkan tanpa mencetuskan kontroversi atau mendatangkan kesan buruk kepada masyarakat.
Beliau memberi contoh, dengan mencari intervensi yang sesuai untuk membantu memerangi manipulasi orang tengah dalam pemasaran padi yang menjadi makanan rugi negara.
“Ini bukan sahaja boleh menambah baik aspek kelangsungan bekalan, malah memberikan manfaat besar kepada petani yang jarang terbela. Kedah juga negeri yang mempunyai potensi pelancongan yang baik.
“Selain Langkawi, kerajaan negeri boleh memikirkan destinasi ‘sokongan’ dari daerah-daerah lain yang boleh dibangunkan secara strategi untuk menjadikan pengalaman pengunjung ke negeri Jelapang Padi (bukan Ketum) ini lebih pelbagai dan bermakna,” ujarnya.
Astro Awani
Sat Mar 19 2022
Shaiful Hazizy meminta Sanusi berkongsikan dapatan kajian sekiranya cadangan beliau itu bersandarkan kepada kajian saintifik yang sahih, prospek ekonomi yang berasas serta kewujudan nilai tambah pelan tersebut kepada negeri Kedah.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Sanusi lepas bebas satu kes hasut
Mahkamah memerintahkan Sanusi dilepaskan dan dibebaskan (DNA) daripada satu pertuduhan.
MB Kedah berpindah, kediaman terjejas banjir
Pekarangan kediaman itu mula dinaiki air dari Sungai Anak Bukit awal pagi semalam.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Cadangan bina Pelabuhan Sanglang telah dikemuka kepada Kementerian Pengangkutan - Sanusi
Syarikat yang dilantik untuk membangunkan Pelabuhan Sanglang di Kubang Pasu telah mengemukakan cadangan pembangunan prasarana berkenaan kepada Kementerian Pengangkutan.
Penjawat awam Kedah terima bantuan khas kewangan RM2,000 - Sanusi
Kerajaan Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan berjumlah RM2,000 kepada 5,376 penjawat awam di negeri ini.
MB Kedah sokong gesaan PM singkir Israel daripada PBB
Muhammad Sanusi berkata sememangnya kewujudan negara rejim Zionis itu tidak pernah diiktiraf Malaysia dan idea perdana menteri itu merupakan sesuatu yang baik.
AGC belum putuskan representasi kedua Sanusi agar pertuduhan menghasut ditarik balik
Ini merupakan representasi kedua Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu selepas yang pertama ditolak oleh AGC pada Mei lepas.
MB Kedah akan patuhi titah Sultan Selangor, jaga tutur kata
Menteri Besar Kedah itu juga berazam akan mematuhi titah nasihat Sultan Selangor untuk lebih berhati-hati serta menjaga tutur kata khususnya ketika berada di Selangor.
AGC masih pertimbang representasi MB Kedah, kes ditangguh 25 Oktober
Mahkamah menetapkan 25 Oktober untuk sebutan semula kes dan Sanusi diwajibkan menghadiri prosiding pada hari tersebut.
Sultan Selangor terima permohonan maaf Sanusi, titah jaga adab sebagai pemimpin
Sultan Selangor berkenan menerima permohonan ampun dan maaf daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas nama ukhwah sesama Islam serta bangsa Melayu.