Kerajaan Kedah memberi tumpuan kepada projek pembangunan yang bersifat pemangkin bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat di negeri ini.
Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata Kedah bukanlah sebuah negeri yang mempunyai hasil pendapatan yang tinggi seperti Pulau Pinang, Selangor dan Johor.
"Oleh itu kita perlu berusaha untuk menjana pertumbuhan ekonomi, dalam istilah lain untuk melihat kek ekonomi membesar. Cara kita lakukannya ialah melalui pelbagai projek pembangunan yang bersifat pemangkin.
"Ini bertujuan untuk menyuntik pertumbuhan ekonomi lebih pesat kepada Kedah dan dengan pertumbuhan itu, ia dapat diagihkan dengan cara yang adil dan saksama kepada setiap lapisan masyarakat di Kedah," katanya pada sidang media selepas membentangkan Bajet Negeri Kedah 2015 di sini hari ini.
Beliau berkata untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat, Kedah menghadapi banyak kekangan, termasuk kekurangan modal.
Mukhriz berkata walaupun hasil daripada sumber seperti pembalakan, mineral dan cukai tanah mencatatkan pertumbuhan kira-kira lima hingga enam peratus, ia bersifat organik yang tumbuh secara perlahan.
"Kita terpaksa cari apa pendekatan untuk membawa anjakan paradigma kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Kita akui sangat bergantung kepada perhatian dan bantuan kerajaan persekutuan untuk merealisasikan hasrat dan aspirasi kerajaan negeri.
"Setakat ini kerajaan persekutuan tidak pernah menolak permintaan kita dalam pelbagai aspek, menyebabkan kita rasa sangat yakin bahawa kerajaan persekutuan akan terus memberi perhatian dan bantuan kepada negeri Kedah, sekali gus menjayakan cita-cita kita untuk tumbuh lebih pesat," katanya.
Sementara itu, beliau berkata dalam soal perumahan, laporan menunjukkan bahawa jumlah projek yang diluluskan mempunyai lonjakan yang tinggi pada 2014 dan trend itu dijangka akan berterusan dalam beberapa tahun akan datang.
"Ada banyak agensi kerajaan negeri, kerajaan persekutuan termasuk swasta membantu menyumbang kepada usaha-usaha merealisasikan sasaran untuk membina tidak kurang 6,000 rumah mampu milik dan kos rendah.
"Ini rekod cemerlang, jauh melebihi apa dilakukan kerajaan negeri sebelum ini, sebelum Barisan Nasional (BN) ambil alih pentadbiran negeri pada 2013, sekali gus membuktikan kerajaan BN peka dan prihatin dan terus bertindak untuk memenuhi permintaan pasaran iaitu pemegang kepentingan, rakyat Kedah," katanya.
Bernama
Mon Nov 17 2014
MUKHRIZ : Hasil daripada sumber seperti pembalakan, mineral dan cukai tanah mencatatkan pertumbuhan kira-kira lima hingga enam peratus, ia bersifat organik yang tumbuh secara perlahan.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
Kedah tumpu projek pembangunan bersifat pemangkin - Mukhriz
Kerajaan negeri Kedah memberi tumpuan kepada projek pembangunan yang bersifat pemangkin bagi menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat di negeri ini.