awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedai makan dijadikan kasino, polis tahan lapan lelaki

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
01/08/2022
05:49 MYT
Kedai makan dijadikan kasino, polis tahan lapan lelaki
Sebuah kedai makan di Jalan Sungai Korok, Kubang Pasu, Kedah diserbu polis kerana dijadikan pusat permainan judi belangkas.
KUBANG PASU: Polis menahan lapan lelaki ketika sedang leka bermain judi belangkas di hadapan sebuah kedai makan, Jalan Sungai Korok, di sini, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu pada pukul 1.30 pagi.
“Ketika serbuan kesemua mereka terkejut dan bertempiaran lari namun berjaya ditahan kerana lokasi itu sudah dikepung.
"Pertaruhan judi bermula dari RM10 hingga RM200 setiap kali permainan dibuka,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Jelas Rodzi, polis turut merampas wang tunai berjumlah RM4,951, telefon bimbit beraplikasi judi belangkas, sebuah meja plastik, sehelai kertas putih catatan angka, dua helai kertas kiraan hasil pertaruhan perjudian serta pen.
Katanya, kesemua mereka ditahan berusia 35 hingga 70 tahun berasal dari Kubang Pasu, Alor Setar dan Terengganu.
Hasil semakan dua daripadanya masing-masing mempunyai satu rekod jenayah berkaitan judi dan pernah dihukum penjara sebelum ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.
Topic Berkaitan
#kedai makan jadi kasino
#judi belangkas
#lapan lelaki ditahan
#Jalan Sungai Korok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan