awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual

Bernama
Bernama
06/10/2024
11:00 MYT
Kedai runcit simpan, cuci sayuran dalam tandas sebelum dijual
Sebuah kedai runcit diusahakan seorang warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan kepenggunaan termasuk menyimpan sayur-sayuran di dalam tandas premis itu. - Foto KPDN Melaka
MELAKA: Sebuah kedai runcit diusahakan seorang warga asing dikesan melakukan pelbagai kesalahan kepenggunaan termasuk menyimpan sayur-sayuran di dalam tandas premis itu.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Norena Jaafar berkata kesalahan itu dikesan dalam Op Samar di Taman Perindustrian Tanjung Minyak di sini pada 30 Sept lepas.
Beliau berkata dalam serbuan antara 10 pagi hingga 1 petang, siasatan awal mendapati lelaki warga Bangladesh berusia 40-an yang berkahwin dengan wanita tempatan itu mengusahakan perniagaan berkenaan lebih dua tahun lepas.
"Dalam serbuan melibatkan empat pegawai penguat kuasa KPDN, mereka memulakan pemeriksaan dengan kaedah uji beli bagi mengesan salah laku peniaga terbabit sebelum melakukan pemeriksaan menyeluruh bagi melihat tahap pematuhan terhadap undang-undang yang dikuatkuasakan KPDN.
"Hasil pemeriksaan mendapati peniaga berkenaan melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 dan gagal mematuhi Perintah Penandaan Harga pada Barangan dan Caj Perkhidmatan 2020," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata peniaga terbabit juga dikesan menjual barangan tamat tempoh antaranya laksa segera yang habis tempoh pada 1 Jun lepas.
Peniaga itu juga tidak mengamalkan aspek kebersihan terhadap barangan yang hendak dijual antaranya sayur-sayuran disimpan di dalam tandas sebelum dibersihkan dan dijual kepada pengguna.
Dalam perkembangan lain, Norena berkata sebanyak 26 premis diperiksa dengan 20 kes dicatatkan atas pelbagai kesalahan di bawah KPDN menerusi Op Samar yang dijalankan dari 1 Jan hingga 30 Sept.
"KPDN Melaka kekal komited dalam memastikan hak pengguna terbela menerusi penguatkuasaan pelbagai undang-undang di bawah KPDN selain meneruskan operasi dan pemeriksaan bagi mengesan salah laku peniaga," katanya.
Beliau berkata sebarang pertanyaan dan aduan boleh disalurkan menerusi Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) KPDN Negeri Melaka di talian 06-2345869 yang beroperasi setiap hari bermula 8 pagi hingga 6 petang atau menghubungi ECC KPDN Putrajaya (03-88826088).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kedai runcit
#sayur dalam tandas
#warga asing
#KPDN Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan