Di sebalik ujian kedainya dipecah masuk sehingga menyebabkan kerugian lebih RM4,000, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew menerimanya dengan lapang dada.
Sekalipun sayu dengan kejadian itu, Ustaz Ebit percaya ada rahmat di sebalik semua itu.
“Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Semoga Allah beri pelajaran padanya. Pohon doa semua biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat di sebalik semuanya,” kata beliau dalam hantaran di Instagram peribadinya.
Sementara itu, Bernama melaporkan, kedai serbaneka milik Ustaz Ebit di Dataran Villa Putra, Sungai Buloh itu disedari penolong pengurus kedai itu kira-kira 8 pagi selepas mendapati wang tunai di dalam peti besi di premis itu hilang.
Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Shafa’aton Abu Bakar, pemeriksaan di premis berkenaan oleh pemilik kedai mendapati tingkap di bahagian tandas terbuka dan besi penutup tingkap yang ditinggalkan telah ditemukan.
"Antara barang yang turut didapati hilang ialah wang tunai berjumlah RM3,600, beberapa tin susu, cokelat, gula-gula serta Panadol.
“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kedai berkenaan mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan menunjukkan dua lelaki memakai topi keledar memasuki premis itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menyalurkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.
Astro Awani
Thu Sep 03 2020
Sekalipun sayu dengan kejadian itu, Ustaz Ebit percaya ada rahmat di sebalik semua itu. - Gambar Instagram
AWANI Ringkas: Fitnah anggota polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Rakyat Malaysia lawat atau transit UK perlu mohon ETA mulai 2025
Pengenalan ETA adalah selaras dengan pendekatan yang telah diambil oleh banyak negara lain untuk mengukuhkan keselamatan sempadan.
Pesara rugi hampir RM100,000 terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang pesara kerajaan kerugian RM91,060 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud.
Bongkah batu atas jalan, polis KLIA terima lima laporan
Siasatan di lokasi mendapati sebanyak lapan kereta dan satu motosikal terlibat dalam kejadian terbabit.
Permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri didengar 5 November
Peguam Syahrul Syazwan Salehin yang mewakili Shahrir berkata tarikh itu ditetapkan oleh JC Roz Mawar pada prosiding kes berkenaan yang berlangsung secara dalam talian hari ini.
Debat: Harris hujah berdasarkan fakta, Trump ikut emosi dan kepentingan politik
Pendirian beremosi dan mengikut kepentingan politik Trump dapat dilihat ketika debat bersama Joe Biden sebelum ini.
#AWANIRingkas 11 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 11 September 2024
1️⃣ PM arah Menteri Agama bentang laporan minggu depan
2️⃣ Lelaki dipenjara tujuh hari, denda RM800
3️⃣ MYCC, TCA perkukuh kerjasama
#awaniringkas
1️⃣ PM arah Menteri Agama bentang laporan minggu depan
2️⃣ Lelaki dipenjara tujuh hari, denda RM800
3️⃣ MYCC, TCA perkukuh kerjasama
#awaniringkas
Paus Francis tiba di Singapura bagi lawatan negara, sempurnakan jelajah Asia Pasifik
Paus Francis tiba di Singapura untuk lawatan negara selama tiga hari bagi menyempurnakan Perjalanan Apostolik beliau ke rantau Asia Pasifik.
Penjawat awam direman empat hari, bantu siasatan kes rasuah RM30,000
Tiga individu termasuk dua penjawat awam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM30,000.
Debat Presiden: Tiga perkara jadi tumpuan
Hilal Azmi yang kini berada di Washington DC, Amerika Syarikat berkongsikan situasi dan perbualan sekitar Debat Presiden Amerika Syarikat dalam satu sesi ‘watch party’ yang diadakan di sana.
Kedai serbaneka Ebit Lew dipecah masuk, kerugian lebih RM4,000
Ustaz Ebit Lew berlapang dada terima ujian kedai serbanekanya dipecah masuk.