awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedaulatan negara diutamakan dalam rundingan WHO CA+, IHR 2005

Bernama
Bernama
27/10/2023
00:30 MYT
Kedaulatan negara diutamakan dalam rundingan WHO CA+, IHR 2005
Dr Zaliha berkata beliau mendengar kebimbangan rakyat terkait isu WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 berkenaan. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan kedaulatan negara sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan Triti Pandemik Perjanjian Konvensyen Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO CA+) dan pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005).
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata beliau mendengar kebimbangan rakyat terkait isu WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 berkenaan.
"Penglibatan kita penting untuk memastikan suara kita didengari dan sebarang keputusan yang akan dibuat di peringkat WHO ini tidak bercanggah dengan prinsip kita khususnya perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.
"Tiada keputusan akan diberikan sehingga segala-galanya dipersetujui. Saya memberi komitmen bahawa kedaulatan negara akan sentiasa menjadi keutamaan dalam rundingan ini," katanya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebelum ini dilaporkan menuntut kerajaan membantah rundingan WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PPIM
#IHR 2005
#WHO CA
#menyentuh sensitiviti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan