awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kediaman ibu Salahuddin mula dikunjungi ahli keluarga, sahabat handai

Bernama
Bernama
24/07/2023
01:03 MYT
Kediaman ibu Salahuddin mula dikunjungi ahli keluarga, sahabat handai
Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub selepas diusung masuk ke kediaman ibunya sebaik tiba 3.35 pagi (Isnin) di Kampung Serkat Tanjung Piai hari ini. - Gambar BERNAMA
PONTIAN: Kediaman ibu Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Kampung Serkat, Tanjung Piai, di sini, mula dikunjungi ahli keluarga dan sahabat handai seawal 7 pagi.
Ahli Parlimen Muar yang juga Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tiba pada 7.20 pagi diikuti Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Ahli keluarga terdekat turut berada di kediaman itu sejak dinihari.
Terdahulu, jenazah Ahli Parlimen Pulai itu tiba di Terminal Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, kira-kira 2.30 pagi ini.
Jenazah Allahyarham yang diiringi isterinya Datin Seri Fatimah Taha dan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, tiba di rumah ibunya Aminah Abdullah, 83, pukul 3.35 pagi.
Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam tadi setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.
Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam catatan di laman Facebooknya hari ini merakamkan rasa sedih dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga atas pemergian Allahyarham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram.
"Saya mendoakan rohnya dirahmati Allah dan dimasukkan ke dalam Syurga Allah. Beliau adalah sahabat perjuangan sejak sekian lama.
"Dalam politik kami berlawan tetapi tidak bermusuh. Beliau beberapa kali berkunjung ke pejabat saya jika Dewan Negeri Johor bersidang. Ya Allah kau ampunilah dosa-dosanya," kata ADUN Rengit itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#Salahuddin Ayub meninggal dunia
#pendarahan otak
#Jualan Rahmah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan