Kediaman rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang di Seri Teratai, Jalan Macalister di sini dijangka boleh diduduki hujung bulan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari berkata kerja-kerja membaik pulih kediaman itu kini 85 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya 15 Julai ini.
"Kediaman ini tidak ada orang duduk untuk jangka masa yang lama dan mengalami banyak masalah. Keputusan telah dibuat oleh kerajaan negeri untuk membaik pulih rumah ini supaya ketua menteri boleh pindah balik dan menggunakan kemudahan ini.
Kerja-kerja membaik pulih kediaman Ketua Menteri ini telah bermula dengan tarikh milik tapak pada 14 Jan lepas dan tempoh kontrak adalah selama 26 minggu dengan harga kontrak RM1.05 juta.
Semuanya mengikut jadual, maksudnya ketua menteri dah boleh pindah masuk hujung bulan ini," katanya kepada pemberita ketika mengadakan lawatan ke kediaman itu, di sini pada Isnin.
Beliau berkata masalah utama yang dikenal pasti di kediaman itu adalah masalah anai-anai dan terdapat dua sarang anai-anai dijumpai di situ.
"Tindakan telah diambil dengan membuat 'tiga lapis pertahanan terhadap anai-anai' termasuk meletakkan ubat bagi menghalang anai-anai ini pergi ke dinding dan sebagainya. Siling semua kena buat balik, mana-mana lubang juga telah dibaiki. Secara am kesemuanya agak baik dan hampir siap," katanya.
BACA: Kediaman rasmi Ketua Menteri P.Pinang akan diubah suai
Zairil berkata selain rawatan anai-anai, antara skop kerja lain termasuk menaik taraf keseluruhan tandas dan bilik air; dapur; mengganti permaidani dan kemasan dinding kertas di bangunan kediaman; baik pulih dinding, tiang, pintu, tingkap dan jeriji; bina baharu dan mengecat siling; serta mengecat luar dan dalam bangunan itu.
Bangunan seluas 8,000 kaki persegi itu dibina di zaman kolonial pada tahun 1926 yang terletak di Jalan Macalister berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St George.
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menetap di kediaman itu dalam tempoh yang singkat sebelum berpindah ke rumahnya di Jalan Pinhorn, di sini berikutan masalah anai-anai.
Sementara menunggu kerja-kerja baik pulih siap, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berulang alik dari rumahnya di Balik Pulau ke pejabatnya di Komtar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2019
Zairil (kanan) bersama Pengarah JKR Negeri Ir Shahabuddin Mohd Muhayidin (tengah) semasa melawat kediaman rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang yang sedang dibaik pulih di Seri Teratai, Jalan Macalister, George Town, 1 Julai, 2019. - Foto BERNAMA
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Hari Kebangsaan di Putrajaya sentiasa istimewa
Istimewanya Hari Kebangsaan 2019, Putrajaya akan menerima keberangkatan Yang di-Pertuan Agong baharu Al-Sultan Abdullah ke acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan itu esok.
Kediaman rasmi KM Pulau Pinang dijangka boleh diduduki hujung bulan ini
Kerja-kerja membaik pulih kediaman itu kini 85 peratus siap dan dijangka siap sepenuhnya 15 Julai ini.
Dewan sekolah dimakan anai-anai: Kerja baik pulih siap dua bulan lagi
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya telah memulakan tindakan untuk melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan sejak Januari lalu.
MT UMNO: Tolak 1, tolak 7 atau tolak ansur?
DEBARAN keputusan mesyuarat MT UMNO terakhir sebelum Perhimpunan Agung UMNO Disember depan tidak akan berhenti selagi isu ada pemecatan atau tidak belum terjawab.
'Tekan 1 jika anda sokong Muhyiddin...'
Di dalam UMNO pula, kajian mengenai sokongan kepada Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang giat diadakan melalui panggilan automatik.