KUALA LUMPUR:Sebanyak 57,390 unit kediaman siap dibina tidak terjual bernilai RM42.49 bilion menjadikan isu ‘overhang’ kekal sebagai masalah negara yang masih belum dapat diselesaikan secara efektif.
Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International, Sulaiman Saheh berkata Johor, Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kediaman tidak terjual tertinggi di negara ini.
“Kediaman siap dibina tidak terjual terus meningkat pada suku ketiga 2020 kepada 57,390 unit yang terdiri daripada kediaman konvensional, pangsapuri servis dan pejabat kecil pejabat rumah (SOHO).
“Dari segi kediaman yang tidak terjual, angkanya agak besar dan ia meningkat dan bernilai melebihi RM42 bilion dalam pasaran sekarang.
“Kami melihat ia didominasi kediaman jenia pencakar langit dan di Johor dan Lembah Klang, nisbahnya melebihi 80 peratus,” kata Sulaiman pada pembentangan Laporan Pasaran Harta Tanah 2020/2021 Rahim & Co International secara maya pada Selasa.
Tambahnya, kemampuan perumahan turut menyumbang kepada isu ini.
Ia kerana harga rumah dan kediaman yang tinggi berbanding dengan purata pendapatan isi rumah tahunan rakyat.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata pasaran harta tanah juga mencatatkan penurunan pada sembilan bulan pertama 2020 akibat penularan pandemik COVID-19.
“Keseluruhan pasaran harta tanah mencatatkan 204,721 transaksi bernilai RM80,71 bilion iaitu penurunan sebanyak 15.8 peratus dalam bilangan dan 21.6 peratus dalam nilai sepanjang tempoh itu
“Ini menyasarkan momentum pemulihan sektor hartanah yang dilihat bermula pada tahun 2018/2019.
“Sebagai sub-sektor pasaran hartanah yang terbesar, aktiviti transaksi harta tanah kediaman menunjukkan penurunan sebanyak 14.3% dalam bilangan dan 14.8% dalam nilai berbanding sembilan bulan pertama 2019 walaupun suku ketiga mula mencatatkan peningkatan dalam jumlah dan nilai transaksi berikutan fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada ketika itu,” katanya.
Astro Awani
Tue Jan 26 2021
Dalam perkembangan yang sama, Sulaiman berkata pasaran harta tanah juga mencatatkan penurunan pada sembilan bulan pertama 2020 akibat penularan pandemik COVID-19. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Op Khas Pagar Laut: APMM rekod 121 tangkapan, rampasan bernilai RM9 juta
Sebanyak 121 tangkapan melibatkan 145 kes pelbagai kesalahan melibatkan rampasan bernilai RM9 juta berjaya direkodkan sepanjang pelaksanaan Op Khas Pagar Laut.
Jumlah kediaman tidak terjual 27,746, Johor paling tinggi - Ahmad Maslan
Bilangan kediaman siap dibina tidak terjual turun kepada 27,746 unit bernilai RM18.41 bilion pada akhir Disember tahun lepas berbanding 36,863 unit bernilai RM22.79 bilion pada penghujung 2021.
Isu 'overhang': Kediaman tidak terjual bernilai RM42.49 bilion, kekal jadi masalah negara - Rahim & Co
Pengarah Penyelidikan Rahim & Co International, Sulaiman Saheh berkata Johor, Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah kediaman tidak terjual tertinggi di negara ini.