awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
62,485 calon lepasan SPM ditawarkan tempat ke politeknik dan kolej komuniti
MALAYSIA
Perkasa wanita melalui tindakan konkrit, bukan sekadar kata-kata - Dr Wan Azizah
DUNIA
Singapura sahkan dua kes Zika di Woodlands
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kediaman wartawan Karam Singh Walia disamun, keretanya dilarikan

Bernama
Bernama
14/02/2014
07:41 MYT
Kediaman wartawan Karam Singh Walia disamun, keretanya dilarikan
Kediaman wartawan TV3 Datuk Karam Singh Walia di Jalan Tun Abdul Razak, Taman Sri Andalas, Klang dipecah masuk sekumpulan perompak yang turut melarikan kereta miliknya dalam kejadian petang semalam.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamarulzaman Mamat berkata kejadian disedari isteri Karam yang berusia 55 tahun selepas menerima sistem pesanan ringkas (SMS) daripada sistem penggera keselamatan kediaman pada pukul 4 petang.
"Selepas menerima SMS automatik daripada 'alarm' rumah yang menunjukkan rumah itu dipecah masuk, mangsa (isteri Karam) bergegas pulang dan mendapati kunci pada pintu pagar rumahnya telah dipecahkan.
"Pada waktu kejadian, rumah teres dua tingkat berkenaan tidak berpenghuni berikutan isteri Karam sedang bekerja di Shah Alam manakala Karam pula berada di Sabah atas urusan kerja," katanya menerusi SMS kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata isteri Karam mendapati kereta jenis Volkswagen Passat milik wartawan itu yang diletakkan di dalam pekarangan rumah juga hilang.
Pemeriksaan di dalam rumah mendapati bilik tidur utama berselerak selain beberapa barangan berharga termasuk televisyen hilang, katanya.
"Jumlah kerugian sebenar kes ini masih belum diperoleh," kata Kamarulzaman yang menambah kata kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan 379A Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Karam Singh
#pecah rumah
#polis
#rompak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami