awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan dipersembahkan taklimat pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil
Jasamu kami kenang sampai akhir hayat, kata Afnan Hamimi kepada Muhyiddin
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedudukan kerajaan Kedah tidak terjejas dengan pengumuman Anwar - MB

Abdul Hadi Che Awang
Abdul Hadi Che Awang
24/09/2020
10:42 MYT
Kedudukan kerajaan Kedah tidak terjejas dengan pengumuman Anwar - MB
Muhammad Sanusi Md Nor bekata, beliau menzahirkan keyakinan penuh terhadap kesetiaan yang ditunjukkan kesemua ADUN di negeri itu. - Gambar fail/Sinar Harian
Kedudukan kerajaan negeri Kedah yang diwakili gabungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Pas, UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak terjejas dengan pengumuman yang dibuat Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rabu.
Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor bekata, beliau menzahirkan keyakinan penuh terhadap kesetiaan yang ditunjukkan kesemua ADUN kerajaan di negeri Jelapang Padi itu terhadap kepimpinannya dan tidak akan beralih arah kepada pihak yang menyokong kepimpinan Anwar.
Menurutnya, tindakan yang dilakukan Anwar ketika negara berdepan peningkatan kes positif COVID-19 terutama di negeri Kedah ketika ini amat tidak sesuai dan tidak wajar dilakukan.
Tambah Muhammad Sanusi, beliau turut mempersoalkan dakwaan yang dikemukakan Ahli Parlimen Port Dickson itu berkaitan telah mendapat jumlah majoriti yang kukuh daripada ahli-ahli Dewan Rakyat, dalam membentuk sebuah kerajaan baharu.
"(Pengumuman Anwar) tidak terlibat sama sekali dengan kerajaan negeri Kedah, saya tak rasa apa-apa pun. Kita pun tunggu juga bila dia nak jadi Perdana Menteri. Tak ada (tergugat) lagi, (Kedah) tiada masalah apa dengan pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Rasa sedikit janggal, kita ada masalah lain yang lebih besar, kita (dalam masa yang sama) menghadapi orang yang teringin sangat nak jadi PM. Saya rasa tunggulah masa ketika yang lain, ada banyak isu lain yang besar di negara kita, dan negara kita sedang diuruskan dengan baik oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) berkaitan COVID-19 di Pejabat Daerah Kota Setar pada Khamis.
Dalam perkembangan sama, Sanusi menegaskan kepimpinan kerajaan negeri Kedah sentiasa menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin khususnya dalam tempoh sukar berdepan dengan penularan wabak COVID-19.
Gabungan ADUN Pas-UMNO-Bersatu Kedah pada Mei membentuk kerajaan baharu negeri dengan kekuatan 23 ADUN manakala di pihak Pakatan Harapan dengan 11 ADUN dan Parti Pejuang Tanah Air (dua ADUN).
Anwar dalam satu sidang media tergempar di Kualu Lumpur pada Rabu, menegaskan pada saat ini kerajaan pimpinan Muhyiddin telah jatuh.
BACA: Anwar dakwa ada majoriti kukuh
Presiden PKR itu turut mendakwa beliau mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baru dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Ahli Dewan Undangan Negeri
#Anwar Ibrahim
#Bersatu
#COVID-19
#Kerajaan negeri Kedah
#Menteri Besar Kedah
#Muhammad Sanusi Md Nor
#PAS
#PKR
#Presiden PKR
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan