KUALA LUMPUR : Malaysia berada pada kedudukan yang strategik bagi pelaksanaan Hala Tuju Teknologi dan Ekonomi Hidrogen (HETR), kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Perdana Menteri, Malaysia menerima permintaan yang tinggi bagi pasaran hidrogen antarabangsa khususnya dari negara Jepun, Korea Selatan dan Singapura.
“Petronas adalah pengeksport utama amonia Asia Pasifik dan mempunyai pengalaman dan saya juga ucap tahniah kepada Petronas dan Sarawak Energy dan TNB (Tenaga Nasional Berhad) telah mula melaksanakan dan mendahului negara-negara ASEAN yang lain.
“Kita (Malaysia) berada pada tapak (kedudukan) yang lebih kedepan iaitu atas inisiatif Sarawak Energy, Petronas dan juga TNB,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing berhubung kelebihan Malaysia dalam menjadi penggerak utama pelaksanaan HETR di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Kata Perdana Menteri, Malaysia juga mempunyai kelebihan dalam sumber tenaga hidup bagi penjanaan hidrogen hijau yang perlu dimanfaatkan menerusi beberapa fasa penyelidikan.
“Dalam hal ini, Sarawak sekali lagi yang menerajui pembangunan ekosistem dan penjanaan hidrogen hijau di Malaysia.
“Kekangan kita ialah tentang beberapa industri baharu yang berdepan tentang penyeludupan dan juga tindakan haram.
"Hanya Negeri Sembilan yang telah ambil tindakan tegas menutup kilang-kilang haram namun beberapa negeri lain masih belum ambil tindakan tegas bagi menghalang terutamanya orang asing dalam menggunakan keupayaan dan hasil negara," tegas Anwar.
Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan, pelan HETR itu mampu menyumbang sehingga RM61 bilion terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030 selain inisiatif itu juga bawak mewujudkan sebanyak 45,000 peluang pekerjaan.
Pelan HETR telah diputuskan menerusi Majlis Mesyuarat Sains Negara baru-baru ini.
HETR telah mula digunakan oleh beberapa negara luar bagi meneroka penggunaan hidrogen antaranya dalam sektor mobiliti, industri dan sektor-sektor intensif tenaga yang lain.
Matlamat itu juga selaras dengan sasaran peralihan tenaga, keperluan penyahkarbonan serta selaras dengan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
Hilmi Malik
Tue Jun 13 2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia menerima permintaan yang tinggi bagi pasaran hidrogen antarabangsa khususnya dari negara Jepun, Korea Selatan dan Singapura. - Gambar fail Astro AWANI
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
Laporan Bank Dunia perlu dipandang serius
Laporan Bank Dunia yang memberi gambaran membimbangkan berkenaan sistem pendidikan Malaysia perlu diambil serius.
[TERKINI] CEO Microsoft dijadual bertemu Anwar pada Khamis
Lawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Anwar jumpa PM Qatar, sedia bantu Palestin
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Qatar dan negara lain di rantau Asia Barat bagi memberikan rawatan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan rejim Zionis.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.