PUTRAJAYA: Pihak pendakwaan dalam kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd yang melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, kedudukan hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali di Maybank Berhad sebelum ini adalah tidak relevan dengan kes terhadap bekas perdana menteri itu.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Ashrof Adrin Kamarul dalam afidavit balas yang difailkan di Mahkamah Persekutuan hari ini bagi membantah permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu berkata, bukti yang didakwa dicari itu mempunyai lebih banyak kaitan dengan satu lagi kes perbicaraan yang sedang dihadapi Najib melibatkan 1Malaysia Development Berhad berkaitan RM2.3 bilion.
"Tuduhan pemohon (Najib) ini tidak lain hanyalah untuk mengalih perhatian umum semata-mata bagi mengisytiharkan perbicaraan SRC sebagai terbatal. Saya katakan bahawa isu pengambilalihan 1MDB terhadap Tanjong Energy Holdings, penglibatan Maybank dan Hakim Mohd Nazlan dalam perkara 1MDB ini, tidak relevan dengan fakta berhubung pertuduhan SRC yang dihadapi oleh pemohon dalam rayuan ini.
"Isu-isu ini tidak relevan dengan rayuan SRC, sebaliknya ia berkaitan dengan kes 1MDB yang tidak didengar oleh Hakim Mohd Nazlan. Tiada bukti sebarang konflik kepentingan oleh hakim yang diterjemahkan kepada bahaya sebenar berat sebelah dalam perbicaraan SRC," katanya.
Hakim Mohd Nazlan yang kini hakim Mahkamah Rayuan telah disahkan bahawa pada 2006 beliau memegang jawatan sebagai Peguam Am dan Setiausaha Syarikat Maybank Investment Bank Berhad.
Mohd Ashrof seterusnya berkata peranan Hakim Mohd Nazlan dalam bank itu memang diketahui umum dan memang diketahui oleh Najib sepanjang masa, termasuk semasa permulaan dan penerusan perbicaraan seperti yang ditunjukkan oleh dokumen awam dan dokumen yang dimiliki pemohon.
Bagaimanapun beliau berkata Najib tidak membantah untuk beliau (Nazlan) menjadi hakim perbicaraan ketika itu.
Pendakwa Raya itu menambah, tiada bukti bahawa hakim terlibat dalam penubuhan atau pemerbadanan SRC, kerana 1MDB adalah pihak yang menubuhkan SRC pada ketika itu.
Mohd Ashrof berkata dakwaan Najib mengenai pengetahuan yang dikatakan oleh Hakim Mohd Nazlan mengenai pinjaman Maybank kepada 1MDB tidak menghalang hakim itu daripada mendengar kes SRC.
Beliau berhujah bahawa bekas perdana menteri itu gagal menunjukkan sebarang kaitan antara dakwaannya dengan pertuduhan SRC yang didengar oleh hakim.
Beliau berkata 1MDB dan SRC adalah entiti undang-undang yang berbeza, dengan SRC beroperasi secara berasingan dan bebas daripada 1MDB pada setiap masa.
"Semua bukti relevan dan material telah dikemukakan pada perbicaraan. Tiada penyembunyian bukti seperti yang didakwa, dan pemohon tidak dinafikan perbicaraan yang adil. Permohonan yang difailkan ini adalah untuk memanjangkan prosiding SRC bagi tujuan kolateral.
"Saya menegaskan bahawa bukti terkumpul yang kini ingin dikemukakan oleh pemohon tersedia kepada pemohon dan dalam apa jua keadaan, tidak relevan dengan rayuan di Mahkamah Persekutuan," katanya sambil menambah bahawa perkara itu telah ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Persekutuan esok.
Pada 7 Jun Najib memfailkan permohonan untuk mengemukakan bukti lanjut kepada Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan keseluruhan perbicaraan kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta yang mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan.
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 10 hari dalam bulan Ogos untuk mendengar rayuan terakhir Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.
Pada 8 Dis 2021, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dijatuhkan ke atas Najib bagi kesalahan itu.
Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil yang bersidang bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, sebulat suara menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Julai 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022

Kedudukan hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali di Maybank Berhad sebelum ini adalah tidak relevan dengan kes terhadap Najib Razak. - Gambar fail

Siri Antarabangsa Singapura: Gavin dahului hari kedua
Gavin melakukan empat birdi pada sembilan lubang pertama dan tiga pada sembilan yang berikutnya.

Bot karam Redang: Pencarian dua lagi nelayan hilang dihentikan
operasi pencarian yang diaktifkan selama empat hari ditamatkan pada jam 7 malam jumaat susulan pasukan pencarian tidak menemui sebarang petunjuk.

Warga Pakistan jadi pendaki termuda dunia takluk puncak melepasi ketinggian 8,000m
Shehroze Kashif kini menjadi pendaki gunung termuda di dunia yang berjaya mendaki 10 puncak gunung yang melebihi 8,000 meter.

PPVN akan beri tumpuan hasilkan pelbagai jenis vaksin
Jawatankuasa Kecil Rangkaian Kerjasama Vaksin bermesyuarat pada 7 Jun untuk mengenal pasti jenis vaksin yang akan dibangunkan.

Cuepacs harap khabar gembira untuk penjawat awam 30 Ogos ini
Cuepacs berharap kerajaan dapat melaksanakan sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil serta saksama untuk semua penjawat awam di negara ini.

Jangan lewatkan kelulusan pekerja asing - FMM
Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) mengulangi gesaan agar prosedur permohonan semasa untuk kelulusan pekerja asing dikekalkan bagi menjamin kelicinan keputusan.

Malaysia sokong, bekerjasama dalam program UN-Habitat - PM
Kerajaan yakin UN-Habitat akan terus cemerlang di bawah kepemimpinan Maimunah bagi menjayakan aktiviti dan program berkaitan SDG.

Penulis kontroversi Salman Rushdie cedera ditikam atas pentas
Penulis kontroversi Salman Rushdie, cedera selepas ditikam di atas pentas di sebuah acara di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Isu iPay88 | K-KOMM ambil tindakan serta-merta
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sudah mengambil tindakan serta merta berhubung insiden keselamatan siber membabitkan penyedia penyelesaian pembayaran dalam talian, iPay88. Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu dilakukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), Jabatan Perlindungan Data Peribadi dan Cyber Security Malaysia (CSM) yang mengadakan pertemuan dengan pihak iPay88 pada Jumaat.
![[TERKINI] Penulis novel, Salman Rushdie diserang [TERKINI] Penulis novel, Salman Rushdie diserang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982384/thumbnails/28747943721660322823997_640x360.jpg)
[TERKINI] Penulis novel, Salman Rushdie diserang
Penulis novel kontroversi, Salman Rushdie, diserang ketika beliau hendak memberi syarahan di New York, pada Jumaat. Serangan dilakukan oleh seorang lelaki yang belum dikenal pasti.

Najib tarik balik dakwaan rasuah terhadap Hakim Mohd Nazlan
Najib menarik balik dakwaan rasuah terhadap Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Kedudukan Nazlan di Maybank sebelum ini tiada kaitan dengan kes Najib - TPR
Kedudukan hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali di Maybank Berhad sebelum ini adalah tidak relevan dengan kes terhadap Najib Razak.

Mahkamah tetapkan 19 Julai untuk putuskan persoalan undang-undang berhubung siasatan Nazlan
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 19 Julai ini untuk memutuskan persoalan undang-undang berhubung siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan.

Siasatan kes hakim Mohd Nazlan selesai, SPRM serah kertas siasatan
SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya telah selesai melakukan siasatan kes itu.

Siasatan terhadap hakim Mohd Nazlan: Dua peguam, aktivis saman kerajaan, SPRM
Mereka memohon perisytiharan bahawa SPRM tidak berhak menyiasat hakim-hakim yang berkhidmat melainkan mereka telah digantung atau dipecat.

Siasatan SPRM terhadap Mohd Nazlan langgar prinsip pengasingan kuasa - Farhash
Kecenderungan berterusan kepada campur tangan atau tekanan politik terhadap mana-mana anggota badan kehakiman harus dihentikan.

Terbuka adakan siasatan segera terhadap Mohd Nazlan - MPM
Sebagai sebuah badan penguatkuasa, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyiasat sesuatu dengan sesuka hati tanpa bukti.

Siasatan SPRM terhadap Hakim Mohd Nazlan tidak ikut Perlembagaan - Badan Peguam Malaysia
Siasatan itu melanggar doktrin pengasingan kuasa dan juga menjejaskan kebebasan Badan Kehakiman.

Hakim Mohd Nazlan buat laporan polis berhubung artikel sebuah portal berita
Mohd Nazlan buat laporan polis berhubung satu artikel diterbitkan sebuah portal berita yang memuat tuduhan palsu dan berniat jahat.

Hakim Mohamad Zabidin, Mohd Nazlan angkat sumpah jawatan
Mohamad Zabidin Mohd Diah mengangkat sumpah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan sementara Mohd Nazlan Mohd Ghazali sebagai Hakim Mahkamah Rayuan.